Posts

Showing posts from 2012

Tahun Baru

Assalammualaikum.. Tahun baru bukan sekadar dipenuhi berita gembira sahaja. Malahan ramai di luar sana yang merasakan perjalanan hidupnya di tahun baru ini agak menyedihkan. Kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa berada dalam peringatan supaya tidak leka dengan keseronokan kerana hidup kita umpama roda. Apa yang berlaku pada masa hadapan sangatlah kita tidak ketahui. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui segalanya. In Shaa Allah..

Novel: Cik Blur Dan Encik Ikhlas

Image
Tajuk: Cik Blur Dan Encik Ikhlas Harga: RM19.00 Sinopsis: AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja. “Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas “Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali. “Apa encik buat kat sini?” “Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?” “Rumah encik? Ini rumah encik?” “Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!” Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh ja

Casio EX-JE10 Digital Camera

Image
Macam best je kamera ni..;) Premium AUTO Make-up Function Self-portrait ART SHOT Anti Shake Mode HD movie 34 BEST SHOT scenes microSD / microSDHC / microSDXC Memory Card compatible Harga dia dalam RM649. Sumber and more info boleh layari laman web ni: http://www.casio-intl.com/asia-mea/en/dc/ex_je10/spec/

My Next Novel

Image
Ceritanya ini macam best je kan. Sinopsisnya macam ni: Perempuan Lindungan Kaabah. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah. Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa. “Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex “Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir “Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan ak

New Look

Image
Bosan dengan casing yang lama..tukar je baru.. handset comel ini tetap menjadi pilihan..:)

Sila Like Page Cylverbook

Image
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli novel secara online dari saya, bolehlah like page Cylverbook saya. Boleh dibuat permintaan dengan pm kepada saya di page tersebut. Kadang kala saya tidak sempat untuk upload novel-novel terbaru. :) Saya menyediakan perkhidmatan membalut buku secara percuma . Setiap novel yang dijual telah disiap balut dengan rapi kecuali atas permintaan pelanggan sendiri yang tidak mahu dibalut. Kebiasaannya saya menjual novel-novel baru. Tetapi ada juga saya menjual novel terpakai dari koleksi saya sendiri. Jika berminat bolehlah pm saya. Jom kita membaca..:) Thank you atas sokongan anda.

Kesedihan

Aku seperti orang kurang waras pabila stalkar perkembangan untuk mengetahui tentangnya. Aku jadi gila kerana meningatinya sedangkan tidak sedikitpun dia meningati ku. Aku jadi resah dan gelisah kerana memikirkan siapa yang dia cintai. Aku jadi murung pabila memikirkan aku mencintai seseorang yang tidak mencintaiku..:'(

Masjid Jamek

Walaupun dah lama tidak menjejakkan kaki ke masjid jamek ni. Ternyata keadaan tak berubah langsung. Orang tetap ramai yang window shopping, beli belah dan mencuci mata. Hihi. Seronok juga sekali sekala menjejakkan kaki ke sini. Jalan-jalan melihat ragam penjual juga pembeli. Tidak lupa juga penjalan kaki yang datang sekadar mencuci mata. Walaupun barang yang dijual lebih kurang sama di setiap kedai..tetapi harganya berbeza mengikut cara kita tawar menawar. Menarik..:) Next destination will be Pasar Seni..paling lama tidak melepakkan diri di sana..;)

Lagu sepanjang zaman (Unbreak My Heart - Toni Braxton)

 Inilah lagu sepanjang zaman bagiku..aku tidak pernah jemu dengan lagu...this is my favourite song..:) "Un-break My Heart" Don't leave me in all this pain Don't leave me out in the rain Come back and bring back my smile Come and take these tears away I need your arms to hold me now The nights are so unkind Bring back those nights when I held you beside me Un-break my heart Say you'll love me again Undo this hurt you caused When you walked out the door And walked out of my life Un-cry these tears I cried so many nights Un-break my heart My heart Take back that sad word good-bye Bring back the joy to my life Don't leave me here with these tears Come and kiss this pain away I can't forget the day you left Time is so unkind And life is so cruel without you here beside me Un-break my heart Say you'll love me again Undo this hurt you caused When you walked out the door And walked out of my life Un-cry these tears I cri

Aku keliru lagi.

Ya Allah..aku benar benar keliru dengan perasaan ku sendiri. Aku menjadi was was dan memberat. Berat hati kerana aku merasakan diri tidak layak untuknya. Selain itu, aku kembali keliru dengan perangainya. Dirinya berubah kembali. Aku betul betul tidak faham. Harus bagaimana lagi aku mengorak langkah. Kalau betul aku penting dalam dirinya..bukankah aku sepatutnya dicari dikala dia bermasalah mahupun tidak sihat. Tetapi, siapakah yang dilayan dalam jangka waktu yang lama. Sedangkan denganku hanya seketika sahaja masa untuk berbual. Alangkah sedihnya. Cemburukah aku? Tetapi persoalannya layakkah aku cemburu, sedangkan aku bukan siapa siapa untuk dirinya..Aku keliru lagi..:(

Sympathy

Sometimes to get a sympathy from someone that we love not easy..its too hard..:(

Aku bukan siapa-siapa

Disaat aku ingin melupakan..juga ingin menjauhkan.. Disaat itu lah kau datang mendekat..menagih perhatian dari ku.. Seringkali perkara ini terjadi..dan seringkali juga aku tewas.. Terlanjur sayang memusnahkan benteng ego ku...memusnahkan hati ku.. Juga mungkin memusnahkan masa depan ku..jika dubandingkan aku dan si dia, permaisuri hatimu..bagai langit dan bumi. Aku tidak layak jadi pendamping mu..jangan ada rasa tuk memilikimu dalam hatiku..aku bukan siapa-siapa..;"'(

Suatu Waktu

Situasi di dalam komuter menuju ke Kl Sentral: "Adik, baju tu terselak..cepat betulkan balik!"..kata seorang abang kepada adik perempuannya. *touching eh.. Abangnya dalam lingkungan umur 15 atau 16 macam tu. Adik nya dalam 10 atau 11 tahun. Terharu melihat seorang abang yang menjaga kehormatan adiknya..:) good job..hihi

Bakti

Orang kata kalau kita berbakti..kita akan dapat pulangan yang sangat lumayan. :) Hari ni saya berbakti pada ibu bapa..ya..walaupun pada mulanya ada rungutan di mulut dan di hati..tetapi akal fikiran yang matang dan rasional ini telah menyedarkan aku. Aku berdosa kerana merungut..Astaghfirullahalazhim.. :"( Aku berbakti kerna menjadi bahu kanan dan kiri untuk ibu dan bapa ku bersandar. Keinginan untuk ibu dan bapa pergi ke kenduri kendara dan jalan-jalan tertunai akhirnya. Syukur kami pulang dengan selamat..syukur kerana aku dapat sempurnakan. Barbaktilah pada ibu dan bapa selagi kita hidup di kandung badan..kerana bukan kerugian yang kita dapat..tetapi pahala..:) Tunaikanlah permintaan mereka yang tidak seberapa itu..

Sendiri

Sedihnya perasaan ini..sampai bila mengharap pada yang tak sudi..:"( Menitis air mata pun tak berguna lagi..kerna si dia tidak pernah menghargai apa yang aku rasa.

Bumble Bee

Image
Bumble bee ku dah pulih..Alhamdulillah..walaupun laptop ni tidak seberapa tapi aku sangat menyayanginya. Bumble bee banyak menolongku di waktu-waktu kesusahan. Walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memulihkannya..aku redha..asal dia sihat seperti biasa. Luv u bumble bee...:)

Gastrik

Jom kita buat kajian sikit berkenaan jenis-jenis makanan yang mengurangkan atau memburukkan lagi tahap gastrik seseorang. Sebab apa aku buat kajian pasal gastrik, sebabnya aku adalah pesakit gastrik..ehehe. Tidak terlalu teruk, tetapi perlu mengetahui apa makanan yang terbaik untuk pesakit gastrik. Gastrik selalu dikaitkan dengan ulser jika ditahap kroniknya. Kandungan Flavonoid yang tinggi: Flavonoid adalah antioksida yang membantutkan perkembangan Helicobacter pylori. Contoh makanannya: bawang, bawang putih, teh, buah epal dan cranberry. Makanan yang kaya dengan Vitamin K: Vitamin K bertanggungjawab dalam penghasikan platelet untuk pembekuan darah apabila berlakunya pendarahan. Jadi, vitamin K ini akan membantu untuk mengurangkan luka-luka disebabkan gastrik ulser. Contoh makanannya: bayam (nyum..nyum), avokado (err tak pernah makan) dan strawberi. Makanan dengan kandungan fiber yang tinggi: Fiber membantu dalam penyerapan lebihan asid hidroklorik dimana ini akan mengurangka

Kesetiaan

Kadang kala aku rasa, perempuan lebih setia berbanding lelaki apabila melibatkan isu percintaan. Mungkin kerana aku dilahirkan sebagai perempuan, aku menjadi berat sebelah ke arah kaum hawa..:) Tetapi, pabila aku membaca blog atau majalah, tidak dinafikan kaum lelaki juga ramai yang setia dalam percintaan. Malahan, lebih setia dari kaum hawa. Kesetiaan? Bagaimana dikatakan kita ini setia? Setiakah aku? Kadangkala, aku merasakan aku ini sebenarnya bukan setia tetapi bodoh, kerana mencintai seseorang yang belum pasti apa sebenarnya perasaannya pada diriku. Aku seperti sukar menerima kedatangan orang lain di dalam hatiku. Juga sukar untuk melupakannya. Disebabkan itukah, aku dilabelkan setia? Bolehkah aku mendoakan pintu hatinya dibuka untukku, berbanding aku sedaya upaya melupakannya dan meneruskan kehidupan yang baru? Bolehkan aku sentiasa mendoakan jodohku hanyalah dirinya, berbanding aku berserah dan pasrah? Jika ditanya pada hati ini, aku akan tetapkan hati padanya, walaupun tert

Cylverbook

http://www.facebook.com/apple.green.37604 P/s: Jika berminat pm lah saya untuk membeli novel online...;)

Luahan hati

Mencintai lelaki yang popular hanya menghadirkan perasaan kecewa di hati. Sang pencinta hanya bersulamkan air mata dan makan hati. Sentiasa menjaga hati dan perasaan jejaka yang dicintai. Jejaka yang dicintai hanya hadir bila dirinya tidak disapa oleh wanita-wanita lain..pabila si dia terasa sunyi..pabila si dia mula bosan dengan karenah wanita-wanita itu. Jejaka yang popular ini tidak pernah terfikir..seseorang yang mencintainya hanya setia padanya..setia menunggu setiap panggilan,mahupun mesej darinya..kerana sang pencinta ini tiada siapa-siapa, setia pada yang satu. Jejaka yang dicintai tidak mengetahui tentang kesetiaan dan kesunyian..kerana dikelilingi, disapa sepanjang masa..kerana dia popular..tidak seperti sang pencinta, hidupnya hanya disapa oleh jejaka yang dicintainya saja..jika tidak ditegur, maka kelamlah hari-harinya. Bagai cahaya lampu yang suram, hilang serinya. P/s: mood jiwa sunyi..:"'( Published with Blogger-droid v2.0.9

Jiwa kosong

Image
Aku ingat aku sudah melupakan Ternyata memang sukar memadamkan Akal fikiran yang rasional itu Tidak seiring hati dan perasaanku Bilakah namanya akan berganti Aku menunggu saat itu tiba Kerana aku sudah penat Kerana aku sudah tidak terdaya Letih menahan perasaanku ini Letih menanggung rindu separuh mati Letih bertepuk sebelah tangan Letih dengan hubungan tidak kemana Ya ALLAH SWT berikan aku kekuatan Berikan aku ketabahan Berikan aku peluang Untuk mencintai dan dicintai Insan yang tercipta untukku Aku menunggu saat itu tiba Menunggu dan terus menunggu Dan aku akan terus berusaha Melupakan dan terus melupakan Kerana aku sudah tidak terdaya Dengan hubungan yang tiada penghujung Kerana aku sudah tidak mampu Mengejar bayang-bayangku sendiri P/s: Mood tidak stabil..emosi menguasai diri..:(

Tujuan tersasar

Image
Hendak dijadikan cerita: "Aim" hari ni turun kl ada dua, yang pertama nak pegi pejabat ptptn, yang kedua nak beli hadiah untuk seseorang. Tetapi, apa yang berlaku ialah: 1. Turun je kat kl sentral, tiba-tiba ternampak..eh ada buku-buku terpakai la..tengok punya tengok..akhirnya ambik juga 2 buah novel..satu novel malay..satu novel inggeris. Hihi. 2. Lepas je beli novel, kaki ni hayun je berjalan, mata ni leka je memerhatikan sampai la ke destinasi iaitu stesen monorail..terus keluar kan kad touch n go..lalu touch n naik la monorail sampai ke times square. Hihi. Sampai je sana, rasanya nak tengok wayang la..check punya check..beli 2 keping tiket satu cite Hotel Transylvania, satu lagi Hantu Kapcai..Juga satu cerita malay, satu cerita kartun english. Hihi. 3. Dah habis, terasa lapar pegilah makan..lapar-lapar pun makan tak abis..tak tau la sebab makan seorang takde "feel" ke atau banyak sangat kut. Then, pusing-pusing dalam time square, jumpa cardigan..ambik..jum

Sendiri

Hari ini aku rasa ingin sendiri...bersendirian dengan alam...bersendirian dengan kota...berjalan-jalan melihat ragam manusia..berjalan-jalan..dan terus berjalan. Sunyi? Ya..aku sunyi..tanpa siapa-siapa di kiri dan kanan ku...hanya malaikat yang setia menemani ku..tetapi aku tetap ingin bersendirian walaupun sunyi tanpa teman. Hari ini..hanya mataku yang akan berkerja..mulut hanya berkata-kata bila perlu..telinga setia menjadi pendengar..aku dan diriku..tanpa siapa-siapa.. P/s: :) Published with Blogger-droid v2.0.9

Pendapat saya

Pabila memerhatikan orang sekeliling, timbul satu andaian dalam kepala otak ni. Diperhatikan, seseorang yang mementingkan jenama atau dalam bahasa omputihnya "brand", dapat disimpulkan dia seorang yang cerewet atau bersifat ego. Tetapi, itu pendapat saya je berdasarkan pada pemerhatian. :) P/s: Itu pendapat saya je, pendapat anda?..:) Published with Blogger-droid v2.0.9

Pujian

Semua orang suka dipuji..pantang dipuji mulalah tersenyum-senyum..tersengih-sengih. Itu pun reaksi yang paling kurang..reaksi paling maksimum..fikir-fikirlah sendiri. Tetapi, disebalik pujian itu, adakah kita pernah terfikir ia mungkin sebenarnya perlian atau mungkin juga peringatan untuk kita supaya menjadi lebih baik dari sepatutnya. Mengharap perubahan yang positif ke arah kebaikkan, bukannya perubahan kearah kesombongan dan lupa diri. Pujian umpama racun jika kita tersalah mentafsirnya. Tetapi akan menjadi madu jika betul kita mentafsirnya. Hari ini dipuji, esok lupa diri. P/s: sifat rendah adalah terbaik..bila dipuji..pulangkannya pada Pencipta kita yakni Allah Swt..kerana Dia lah paling berhak menerima segala pujian. ;) Published with Blogger-droid v2.0.9

Indahnya

Image
Walaupun Kuala Lumpur itu sibuk, bandar yang elit, sesak dengan pelbagai jenis kenderaan tetapi tiba pada waktu senja. Ia tetap indah dipandang. Sayu hati ini dengan kebesaranNya walaupun di kota yang penuh dengan segala debu ini. Dihiasi lagi burung-burung yang pulang ke sarangnya. Oh indahnya. Hari ku yang memenatkan rasa terubat dengan pandangan yang indah ini. Published with Blogger-droid v2.0.9

Jangan kata "tidak boleh"

"Jangan sesekali kata tidak boleh atau payah. Apa yang kita fikir itu akan jadi. Apa yang terjadi hari ini adalah apa yang kita fikir sebelum ini. Ubah cara fikir untuk ubah cara hidup." (kata-kata Prof Dr Muhaya) P/s: Like fb Prof Dr Muhaya untuk lebih info dan kata-kata motivasi. :) Published with Blogger-droid v2.0.9

Assalammualaikum

Selamat pagi Kuala Lumpur! Mulakan hari anda dengan senyuman diwajah-wajah anda semua yang manis itu. Bertambah manis jadinya. InsyaAllah hari anda akan dipenuhi keberkatan. Amin. ;) Published with Blogger-droid v2.0.9

Kalaulah ada jodoh

Ermm..kalaulah ada jodoh antara aku dan dia...apakah yang akan terjadi? Aku pasti orang di sekelilingku pasti akan rasa gembira dan bangga. Almaklum la status hidupnya juga rupanya yang menarik, pasti menjadi menantu pilihan. Ayahku, emakku, abang-abangku malahan sedara maraku mesti gembira tak habis la. Tapi, macam mana pulak dengan aku? Adakah aku juga akan rasa bahagia? Kemungkinan aku akan rasa bahagia sebab ini pilihan aku. Malahan aku memang sangat-sangat menyukainya without any reason. Ya, memang tanpa sebab tapi itulah kenyataannya. Bahagiakah aku nanti? Dia yang tak pernah sekalipun mencari aku dulu..ada kemungkinan ke dia akan membimbing aku dan melindungi serta bersifat prihatin sedangkan dia tidak pernah bertanya apa-apa pasal diri ini. Aku tidak tahu mahu bertanya layakkah aku menerimanya sebagai suamiku..atau layakkah dia menerima aku sebagai isterinya? :"( Jawapannya hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. P/s: mood sedih lagi..:"'( Published with Blogg

Sensitif?

Perempuan lebih sensitif berbanding lelaki. Bagi saya itulah kenyataannya. Dari segi kesihatan ke, dari segi keperihatinan ke, dari segi belas kasihan ke atau apa-apa je lah. Perempuan lebih bagus berbanding lelaki. Tahapnya sangat tinggi berbanding lelaki. Mungkin ada lelaki lebih sensitif. Tetapi, lelaki-lelaki disekeliling saya memang kurang sensitif.  Orang kata lelaki akan jadi lebih sensitive dan prihatin bila dah kahwin? Betul ke? Bukan satu atau dua orang cakap macam tu..tapi ramai tau.? Hermmm…macam tu pulak ye. p/s: mood sedih

Balooonn...atau buih buih cinta

Image
Budak-budak sangat gemarkannya...apa dia?? Tak nak cakap banyak la. Satu gambar merencanakan seribu cerita. Jom kita lihat...:)

Sang Hati

Apakah yang aku takutkan? Apakah semua akan berakhir begini? Sampai kapan akan begini sentiasa. Tiada perubahan, tiada kepastian. Aku akan sentiasa begini Mencari...mencari dan mencari. Tetapi hati tidak sekata dengan fikiran. Hati tidak mahu yang lain. Selain dia..:"( Published with Blogger-droid v2.0.9

Cuak

Ya..itu lah yang aku rasakan sekarang ni. Andai kata sesuatu berlaku pada barang-barang kesayangan anda, mesti anda rasa gelisah, tak tenteram, seram sejuk dan tak tentu arah..sampai lah masalah nya selesai..barulah kita rasa lega..fuhhh...itulah namanya cuak..hihi.. P/s: barang kesayangan seperti nyawa sendiri lagi-lagi jika diberi oleh orang yang kita sayang..:) Published with Blogger-droid v2.0.9

Novel lagi...

Image
Sekarang ni..tengah syok layan cite Setelah Hati Dimiliki.. ceritanya agak best....dan sedih. Kekecewaan yang berkali-kali diakhiri kebahagiaan. Tetapi, tajuknya..tajuknya memang bertepatan...dengan jalan ceritanya. Setelah hatu Auni dimiliki..walaupun seribu lelaki baik lain yang datang, hatinya tetap pada yang satu itu..:) Enjoy..hihi Published with Blogger-droid v2.0.9

Testing..testing

Jom kita mencuba..hihi. Try-try post entri dari mobile..kalau ok and laju je..boleh la post selalu..hihihi..thank u to my friend cik wedges...:) Published with Blogger-droid v2.0.9

Keperluan?? Ke Kehendak?? :)

Image
Wahh...dah lamanya tidak menconteng sesuatu di sini...hehehe...huhu..busy la dengan kerja...dengan novel-novel...dengan tilam dan bantal...hihi. Setelah sekian lama menyepi, hari ni rasa nak kongsi satu benda dengan korang semua. Pasal apa ye? Jeng..jeng..jeng..hihi..;p Erm...tajuk entri kali ni pasal apakah barang-barang yang anda akan bawa kalau keluar or pergi jalan-jalan?? Hehe...dan barang itu keperluan atau kehendak?? Jom tengok apa saya akan bawa k..:) First, Ni semestinya keperluan kan, tanpanya orang-orang penting takkan dapat menghubungi anda...so ini keperluan..:) Kedua, Ha yang ini maybe kehendak je untuk anda-anda di luar lagi-lagi kaum wanita kan...hehe. Tetapi, ini juga keperluan untuk saya ok..sebabnya saya selalu terkena selsema tiba-tiba..tau meleleh tiba-tiba...so untuk mengelakkan saya jadi tak tentu arah better sediakan payung sebelum hujan kan..;) Ketiga, Hihi...ini pun keperluan ok...walaupun memang tidak banyak..tetapi tanpanya...tiadalah tambang

Melaka Di Waktu Malam

Image
Herm...Melaka memang terkenal dengan keindahan lampu-lampu neonnya di waktu malam. Menyusuri sungainya sahaja mata kita dijamu dengan pelbagai cahaya yang menggamit diri untuk merakamkan sebuah gambar sebagai kenangan. Satu gambar menceritakan seribu kisah. :) P/s: Hari ini satu entri je la...hihi.

Perigi Hang Li Poh

Image
Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja kerana, dibina atas arahan Sultan Mansur Syah untuk isteri baginda, Puteri Hang Li Poh dari negara China. Perigi ini dipercayai tidak pernah kering, juga merupakan sumber air semasa musim kemarau. Jom kita ketahui sedikit sebanyak tentang Puteri Hang Li Po ni..hehe. Puteri Hang Li Po adalah seorang puteri yang telah memeluk islam , yang datangnya dari negara China, merupakan isteri kepada baginda Sultan Mansur Syah. Perkahwinan ini adalah salah satu perkara yang mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan negara China. Dikatakan kecantikan Puteri Hang Li Po ini menjadi kekaguman penduduk Melaka pada zaman itu. Sultan Mansur Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Hang Li Po di Bukit Cina (tempat terletaknya Perigi Hang Li Po ni). Bukit Cina akhirnya menjadi kawasan perkuburan cina orang tempatan. (betul-betul belakang Perigi Hang Li Po, dan agak besar jugak kawasan perkuburannya)

Masjid Tanjung Kling

Image
Masjid Tanjung Kling ini terletak di bandar Melaka. Lebih tepat lagi kalau anda jalan-jalan di Jonker Walk, anda akan dapat melihat masjid tanjung kling ini dengan lebih dekat. Sebuah masjid yang agak antik, ditulis di papan info di depan masjid itu, masjid ini seakan-akan bentuk pagoda dan dipercayai dibina pada tahun 1900-an. Ada yang kata tahun 1920, dan ada yang kata tahun 1930. P/s: Walaupun antik, tetapi sangat cantik dan kukuh strukturnya..:)

Jom..jom...jom

Image
Best Western Wana Riverside Hotel...fuhh...terbelit lidah ni nak baca full name hotel ini. Tapi takpe, sebab memang berbaloi la..kena dengan harganya yang berpatutan. Hehe. Hotel ini hotel baru dan bertempat di tepi sungai (Nama pun Riverside kan). Cantik dan sangat bersih. Rasa-rasa saya boleh bagi 4 bintang. Taknak cerita panjang, silalah melihat sendiri gambar-gambarnya ok. :) Gambar terakhir itu diambil dari bilik menunjukkan pemandangan di tepi sungai di waktu malam. :) P/s: Sempat buat dua entri je hari ni..:(

Hutang

Last entri blog ini adalah pada 12 Februari 2012..ini bermakna saya telah "berhutang" sebanyak 10 entri untuk blog ni. Huhu..banyak tu. Macam mana nak buat entri yang banyak dalam satu masa? Jawapannya semestinya entri yang pendek dan entri yang difokuskan pada gambar semata-mata..hehe. Semoga barjaya...chayok...chayok...:) P/s: Mood: Malas.

Selamat Malam

Good Night (English), Shubhoratri (Bengali), Wǎnān (Chinese Mandarin),Bonne nuit (French),Oyasumi Nasai (Japanese),Iravu Vanakkam (Tamil),Annyonghi Jumushipsiyo (Korean),Gute Nacht (German)..<-- Ni penting senang nak ucapkan pada Mesul Ozil...hihi. P/s: Selamat Malam semua....take care k...:)

Hai Ini Ingat, Esok Lupa

Image
Pernah tak berlaku pada anda-anda semua yang di luar tu...kejadian ini, dimana hari ini dah rancang baik punya apa nak tulis ke...apa nak buat ke atau apa-apa je rancangan untuk esok...tup..tup...esok pagi semua idea-idea cantik tu musnah atau hilang macam tu je. huhuhu. Sakit hati kan?? Itu lah yang berlaku pada aku sekarang ini. Semalam baik punya idea dah keluar untuk ditulis dalam blog. Tiba-tiba boleh lupa lak. Haihh...nasib...nasib. Huhuhu...;( P/s: Ni tak tau nak tulis apa la ni jadinye...herm...

Terlintas sejenak

Image
"Berbaktilah kepada ibu dan bapa,kerna itu sebaik-baiknya perbuatan" "Tidak pernah kenal erti putus-asa dalam mencintai, kerna melupakan itu satu yang sukar" "Jangan memberi aku harapan, jika kau tidak mampu membahagiakan" p/s: Itu yang terlintas di fikiran semenjak 2,3 hari ni..:)

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor

Image
Pantai Minyak Beku ini terletak sejauh 20 minit dari bandar Batu Pahat. Dengan jalan yang agak berliku-liku macam badan ular, memang agak terasa juga la jauhnya perjalanan ke pantai ini. Pantai Minyak Beku ini dikatakan diambil namanya sempena nama Kampung Minyak Beku . Tetapi, kenapa mesti dinamakan minyak beku, tidaklah hamba ketahui. Hihi. Sebabnya, dekat pantai ini tiada la pula menjual minyak ke, pantai ini berminyak ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan minyak. Lagi-lagilah minyak beku kan. Di Pantai Minyak Beku ini juga terdapat Perigi Batu Pahat. Perigi Batu Pahat ini ada juga al-kisahnya tersendiri. Perigi ini terletaknya dicelah-celah batu-batu besar di tepi Pantai Minyak Beku ini. Tetapi, rupanya ala-ala macam kolam kecil la. Kedalamannya tidak pula diketahui. Sebabnya, aku takut terjatuh pula dalam perigi ini bila sibuk-sibuk mencari kedalaman perigi ini. Hehe. Uniknya, perigi Batu Pahat ini dikatakan terbentuk apabila batu-batu ini dipahat oleh askar-askar Siam

Kluang Rail Coffee

Image
Ya..hari ini aku nak buat entri pasal Kluang Rail Coffee . Mesti semua pernah dengarkan, lagipun dekat mana-mana tempat pun banyak Kluang Kopitiam ini kan. Tetapi, hari ini aku nak bawa pergi ke tempat dipercayai asalnya Kluang Rail Coffee ini. Semestinya di Kluang, Johor kan. Nama pun Kluang Rail Coffee ..hehe. Kluang Rail Coffee ini terletak bersebelahan dengan stesen keretapi tanah melayu Kluang. Kedai kopi ini dibuka dari pagi hingga ke petang. Dipercayai Kluang Rail Coffee ini telah wujud pada tahun 1938. Kawan aku cakap (dia asal dari Kluang juga), pagi-pagi ramai orang beratur untuk dapatkan roti bun , nasi lemak dan kuih-kuihnya. Beratur lagi tu. Aku pergi waktu petang, ramai juga orang tetapi tetap ada tempat duduk, tetapi sedihnya tidak dapat pula hendak merasa nasi lemaknya. Nasi lemaknya dibungkus dengan daun pisang tetapi kecil sahaja saiznya. Kawan aku kata, kalau makan satu memang tidak akan cukup la. Rugi pula tak dapat rasa. Jangan kempunan sudah la. Hehe. Tetapi,