Posts

Showing posts from October, 2012

Bumble Bee

Image
Bumble bee ku dah pulih..Alhamdulillah..walaupun laptop ni tidak seberapa tapi aku sangat menyayanginya. Bumble bee banyak menolongku di waktu-waktu kesusahan. Walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memulihkannya..aku redha..asal dia sihat seperti biasa. Luv u bumble bee...:)

Gastrik

Jom kita buat kajian sikit berkenaan jenis-jenis makanan yang mengurangkan atau memburukkan lagi tahap gastrik seseorang. Sebab apa aku buat kajian pasal gastrik, sebabnya aku adalah pesakit gastrik..ehehe. Tidak terlalu teruk, tetapi perlu mengetahui apa makanan yang terbaik untuk pesakit gastrik. Gastrik selalu dikaitkan dengan ulser jika ditahap kroniknya. Kandungan Flavonoid yang tinggi: Flavonoid adalah antioksida yang membantutkan perkembangan Helicobacter pylori. Contoh makanannya: bawang, bawang putih, teh, buah epal dan cranberry. Makanan yang kaya dengan Vitamin K: Vitamin K bertanggungjawab dalam penghasikan platelet untuk pembekuan darah apabila berlakunya pendarahan. Jadi, vitamin K ini akan membantu untuk mengurangkan luka-luka disebabkan gastrik ulser. Contoh makanannya: bayam (nyum..nyum), avokado (err tak pernah makan) dan strawberi. Makanan dengan kandungan fiber yang tinggi: Fiber membantu dalam penyerapan lebihan asid hidroklorik dimana ini akan mengurangka

Kesetiaan

Kadang kala aku rasa, perempuan lebih setia berbanding lelaki apabila melibatkan isu percintaan. Mungkin kerana aku dilahirkan sebagai perempuan, aku menjadi berat sebelah ke arah kaum hawa..:) Tetapi, pabila aku membaca blog atau majalah, tidak dinafikan kaum lelaki juga ramai yang setia dalam percintaan. Malahan, lebih setia dari kaum hawa. Kesetiaan? Bagaimana dikatakan kita ini setia? Setiakah aku? Kadangkala, aku merasakan aku ini sebenarnya bukan setia tetapi bodoh, kerana mencintai seseorang yang belum pasti apa sebenarnya perasaannya pada diriku. Aku seperti sukar menerima kedatangan orang lain di dalam hatiku. Juga sukar untuk melupakannya. Disebabkan itukah, aku dilabelkan setia? Bolehkah aku mendoakan pintu hatinya dibuka untukku, berbanding aku sedaya upaya melupakannya dan meneruskan kehidupan yang baru? Bolehkan aku sentiasa mendoakan jodohku hanyalah dirinya, berbanding aku berserah dan pasrah? Jika ditanya pada hati ini, aku akan tetapkan hati padanya, walaupun tert

Cylverbook

http://www.facebook.com/apple.green.37604 P/s: Jika berminat pm lah saya untuk membeli novel online...;)

Luahan hati

Mencintai lelaki yang popular hanya menghadirkan perasaan kecewa di hati. Sang pencinta hanya bersulamkan air mata dan makan hati. Sentiasa menjaga hati dan perasaan jejaka yang dicintai. Jejaka yang dicintai hanya hadir bila dirinya tidak disapa oleh wanita-wanita lain..pabila si dia terasa sunyi..pabila si dia mula bosan dengan karenah wanita-wanita itu. Jejaka yang popular ini tidak pernah terfikir..seseorang yang mencintainya hanya setia padanya..setia menunggu setiap panggilan,mahupun mesej darinya..kerana sang pencinta ini tiada siapa-siapa, setia pada yang satu. Jejaka yang dicintai tidak mengetahui tentang kesetiaan dan kesunyian..kerana dikelilingi, disapa sepanjang masa..kerana dia popular..tidak seperti sang pencinta, hidupnya hanya disapa oleh jejaka yang dicintainya saja..jika tidak ditegur, maka kelamlah hari-harinya. Bagai cahaya lampu yang suram, hilang serinya. P/s: mood jiwa sunyi..:"'( Published with Blogger-droid v2.0.9

Jiwa kosong

Image
Aku ingat aku sudah melupakan Ternyata memang sukar memadamkan Akal fikiran yang rasional itu Tidak seiring hati dan perasaanku Bilakah namanya akan berganti Aku menunggu saat itu tiba Kerana aku sudah penat Kerana aku sudah tidak terdaya Letih menahan perasaanku ini Letih menanggung rindu separuh mati Letih bertepuk sebelah tangan Letih dengan hubungan tidak kemana Ya ALLAH SWT berikan aku kekuatan Berikan aku ketabahan Berikan aku peluang Untuk mencintai dan dicintai Insan yang tercipta untukku Aku menunggu saat itu tiba Menunggu dan terus menunggu Dan aku akan terus berusaha Melupakan dan terus melupakan Kerana aku sudah tidak terdaya Dengan hubungan yang tiada penghujung Kerana aku sudah tidak mampu Mengejar bayang-bayangku sendiri P/s: Mood tidak stabil..emosi menguasai diri..:(

Tujuan tersasar

Image
Hendak dijadikan cerita: "Aim" hari ni turun kl ada dua, yang pertama nak pegi pejabat ptptn, yang kedua nak beli hadiah untuk seseorang. Tetapi, apa yang berlaku ialah: 1. Turun je kat kl sentral, tiba-tiba ternampak..eh ada buku-buku terpakai la..tengok punya tengok..akhirnya ambik juga 2 buah novel..satu novel malay..satu novel inggeris. Hihi. 2. Lepas je beli novel, kaki ni hayun je berjalan, mata ni leka je memerhatikan sampai la ke destinasi iaitu stesen monorail..terus keluar kan kad touch n go..lalu touch n naik la monorail sampai ke times square. Hihi. Sampai je sana, rasanya nak tengok wayang la..check punya check..beli 2 keping tiket satu cite Hotel Transylvania, satu lagi Hantu Kapcai..Juga satu cerita malay, satu cerita kartun english. Hihi. 3. Dah habis, terasa lapar pegilah makan..lapar-lapar pun makan tak abis..tak tau la sebab makan seorang takde "feel" ke atau banyak sangat kut. Then, pusing-pusing dalam time square, jumpa cardigan..ambik..jum

Sendiri

Hari ini aku rasa ingin sendiri...bersendirian dengan alam...bersendirian dengan kota...berjalan-jalan melihat ragam manusia..berjalan-jalan..dan terus berjalan. Sunyi? Ya..aku sunyi..tanpa siapa-siapa di kiri dan kanan ku...hanya malaikat yang setia menemani ku..tetapi aku tetap ingin bersendirian walaupun sunyi tanpa teman. Hari ini..hanya mataku yang akan berkerja..mulut hanya berkata-kata bila perlu..telinga setia menjadi pendengar..aku dan diriku..tanpa siapa-siapa.. P/s: :) Published with Blogger-droid v2.0.9

Pendapat saya

Pabila memerhatikan orang sekeliling, timbul satu andaian dalam kepala otak ni. Diperhatikan, seseorang yang mementingkan jenama atau dalam bahasa omputihnya "brand", dapat disimpulkan dia seorang yang cerewet atau bersifat ego. Tetapi, itu pendapat saya je berdasarkan pada pemerhatian. :) P/s: Itu pendapat saya je, pendapat anda?..:) Published with Blogger-droid v2.0.9