Pujian

Semua orang suka dipuji..pantang dipuji mulalah tersenyum-senyum..tersengih-sengih. Itu pun reaksi yang paling kurang..reaksi paling maksimum..fikir-fikirlah sendiri.

Tetapi, disebalik pujian itu, adakah kita pernah terfikir ia mungkin sebenarnya perlian atau mungkin juga peringatan untuk kita supaya menjadi lebih baik dari sepatutnya. Mengharap perubahan yang positif ke arah kebaikkan, bukannya perubahan kearah kesombongan dan lupa diri.

Pujian umpama racun jika kita tersalah mentafsirnya. Tetapi akan menjadi madu jika betul kita mentafsirnya. Hari ini dipuji, esok lupa diri.

P/s: sifat rendah adalah terbaik..bila dipuji..pulangkannya pada Pencipta kita yakni Allah Swt..kerana Dia lah paling berhak menerima segala pujian. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu