Kesetiaan

Kadang kala aku rasa, perempuan lebih setia berbanding lelaki apabila melibatkan isu percintaan. Mungkin kerana aku dilahirkan sebagai perempuan, aku menjadi berat sebelah ke arah kaum hawa..:)

Tetapi, pabila aku membaca blog atau majalah, tidak dinafikan kaum lelaki juga ramai yang setia dalam percintaan. Malahan, lebih setia dari kaum hawa.

Kesetiaan? Bagaimana dikatakan kita ini setia? Setiakah aku? Kadangkala, aku merasakan aku ini sebenarnya bukan setia tetapi bodoh, kerana mencintai seseorang yang belum pasti apa sebenarnya perasaannya pada diriku. Aku seperti sukar menerima kedatangan orang lain di dalam hatiku. Juga sukar untuk melupakannya. Disebabkan itukah, aku dilabelkan setia?

Bolehkah aku mendoakan pintu hatinya dibuka untukku, berbanding aku sedaya upaya melupakannya dan meneruskan kehidupan yang baru? Bolehkan aku sentiasa mendoakan jodohku hanyalah dirinya, berbanding aku berserah dan pasrah?

Jika ditanya pada hati ini, aku akan tetapkan hati padanya, walaupun tertulis takdirku, dia bukan untukku. Walaupun, mungkin nampak seperti aku terhegeh-hegeh, aku akan tetapkan hatiku untuknya. Walaupun, aku merendah perasaan maluku, aku akan tetapkan hatiku untuknya. Walaupun, dari 1000 mesejku, balasannya cuma 1, aku akan tetapkan hatiku untuknya. Walaupun aku mencarinya setiap hari tetapi tidak dia, hatiku tetap untuknya. Selagi segalanya berlandaskan syariat islam yang suci dan halal.

P/s: Dari zaman sekolah lagi, aku telah nekadkan diri, pabila timbulnya isu aku mencibtai seseorang, aku hanya mengharapkan kebahagiaannya berbanding diriku. "Mencintai tak semestinya memiliki".

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu