Posts

Showing posts from August, 2010

Suratan Kadangkala Menimbulkan Rasa Ketidak Adilan?

Assalammualaikum....Ermm...dah 2-3 hari tak buat post baru kat blog ni. Hari ini hati terdetik untuk menulis kat blog ni. Selepas menonton cerita Aalia kat Astro Prima..Channel 105, hati Cylver tiba-tiba terdetik sesuatu. Sesuatu itu apa??? Ermm...dalam cerita itu ada satu dialog yang berbunyi begini.."Aku ada degree, aku lebih cantik dari kau...tapi kerana aku miskin...hanya kerana aku miskin, hidup aku lebih susah dan orang tak pandang aku langsung.." Lebih kurang macam ni lah dialognya tetapi tak lah 100% sama...ehehe. Demi mendengar dialog itu, Cylver terdiam dan terfikir sejenak. Kadang kala, Cylver pun merasakan sedemikian, rasa macam dunia ini tidak adil atau lebih tepat suratan hidup ini tidak adil. Betul,tidak dapat dinafikan fikiran itu memang akan datang lagi-lagi dalam keadaan hidup yang terdesak. Yang kaya akan jadi lebih kaya, yang miskin pula akan jadi lebih miskin. Yang berkerja akan dapat kenaikan pangkat walaupun kelulusan tidak seberapa. Yang berpelajaran

Solat Terawih...:)

Image
Hai..hai...hai...erm...hari nie 2 post Cylver buat...tu la tengah rajin, menulis la jap. Dah malas nanti, sibuk ke, kan xde masa nak mencoret kat alam maya ni.hehehe. Hari ni topik kita ialah terawih. Kalau nak tahu, Cylver first time pegi solat terawih kat masjid sepanjang 25 tahun hidup ni. Betul la, tak tipu. Biasanya buat kat rumah je. Bukan apa, Cylver segan, dan ada perasaan takut,kalau-kalau tersalah. Yela, Cylver bukan pandai sangat pun. Tapi, Alhamdulillah tahun ni, dan hari ni Cylver dapat jugak tunaikan kewajipan yang satu ni. Rasa gembira dan tenang sekali. Selalunya ada niat tetapi mesti tidak kesampaian. Sebaik la, dipanjangkan umur ke Ramadhan tahun ni untuk diberi peluang untuk beribadat. Alhamdulillah...:) Cerita pasal Solat Terawih ni kan, teringin la masuk serba sedikit tentang bangun sahur. Memang liatkan nak bangun sahur, lagi pun bukan ada selera pun nak makan pagi-pagi buta ni. Tetapi, sebenarnya elok sahur ni, xde la kita berpuasa dalam keadaan lemah. Time Cy

Jiwang Corner

Image
Jiwang Corner??? Sejak bila pulak ni ye...hahaha. Baru je tadi ni...sedang leka surfing internet ni. Tiba-tiba teringat kat sebuah kisah lama (tak berapa lama sangat la...ehehe) . Ada sebuah kisah hendak dijadikan cerita la. Kisah benar tetapi mungkin telah ditokok tambah serba sedikit. Ada seorang girl ni. Dia suka dengan seorang lelaki ni. Macam-macam girl ni buat untuk menambat hati lelaki ni. Tapi, bagi Cylver kan, usahanya patut dipujilah. Kalau Cylver lah, dah lama putus asa dah. Time cinta bertepuk sebelah tangan ni. Semua yang keluar dari mulut nya, atau tulisannya pasti menjurus kepada kesedihan, ayat-ayat kejiwangan. Sampai Cylver baca atau dengar pun boleh rasa sedih. Tapi, entah mana silapnya lelaki tu masih tak nampak tulus perasaan girl ni. Dengar kata lelaki ni frust 'menonggeng' sebelum ni sampai dia trauma nak bercinta lagi. Nasib ko la 'labu' si Girl jatuh cinta dengan lelaki tu. hihihi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan...akhirnya terbuk

Salam Ramadhan Pada Seluruh Umat Islam.

Assalammualaikum W.B.T....diam tak diam, bising tak bising sekejap je dah sampai ke bulan Ogos dalam tahun 2010. Rasanya baru je Raya 2009, kini dan tiba bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan untuk tahun 2010. Memang ku nanti-nanti kan bulan puasa tahun ini. Bukan apa ingin merebut peluang untuk beribadat, sebab tahun ini ku masih belum berkerja, jadi rebut la pahala selagi ada waktu kan...:)) Solat Terawih, zikir, membaca al-Quran, itu antara ibadat-ibadat yang boleh dilakukan, belum lagi ditambah dengan Solat Sunat dan sebagainya. Jadi, rebut lah selagi ada peluang. Cylver memang suka bulan Ramadhan nie. Semangat sungguh, dengan bazar ramadhan lagi. Meriahkan, cuma tahun ni kurang sikit sebab tidak dapat berbuka dengan kawan-kawan lagi. Semuanya dah pulang ke tanah air masing-masing. Bila lah nak jumpa kawan-kawan balik kan. Kenangan itu sungguh indah, walaupun tidak selalunya manis....:))) Wasalam....

Keindahan Alam Semula Jadi...:)

Image
Assalammualaikum W.B.T.....ermmm....dah lama tak update blog nie. Bukan apa. sibuk dengan projek tahun akhir, konvokesyen dan sekarang sibuk mencari kerja. Dalam banyak-banyak peringkat kehidupan kita, fasa ini lah yang paling sukar iaitu fasa mencari kerja dan kehidupan selepas mendapat perkerjaan itu sendiri. Semuanya lain dari yang lain. Apa-apa pun, Cylver bukan nak cerita pasal kerja atau hal-hal yang berkaitan dengannya. Tetapi, ingin menceritakan tentang keindahan alam semula jadi yang secara tidak sengaja ditangkap ketika duduk lepak ngan family di luar rumah Cylver. Pada tanggal 2 Ogos 2010, lebih kurang jam 7 lebih Cylver lihat ke langit. Terasa benar kekuasaan Allah SWT, dilihat langit pada hari itu cantik sangat. Berombak-ombak seperti ombak di laut. (Walaupun mungkin nampak berlebihan sangat tetapi itu yang Cylver boleh gambarkan...ehehe) Disebabkan ingin merakam kecantikan awan tersebut, Cylver pun tangkap gambar dengan handset Cylver.Jadi terhasil gambar seperti gambar