Tujuan tersasar

Hendak dijadikan cerita:
"Aim" hari ni turun kl ada dua, yang pertama nak pegi pejabat ptptn, yang kedua nak beli hadiah untuk seseorang.

Tetapi, apa yang berlaku ialah:
1. Turun je kat kl sentral, tiba-tiba ternampak..eh ada buku-buku terpakai la..tengok punya tengok..akhirnya ambik juga 2 buah novel..satu novel malay..satu novel inggeris. Hihi.

2. Lepas je beli novel, kaki ni hayun je berjalan, mata ni leka je memerhatikan sampai la ke destinasi iaitu stesen monorail..terus keluar kan kad touch n go..lalu touch n naik la monorail sampai ke times square. Hihi. Sampai je sana, rasanya nak tengok wayang la..check punya check..beli 2 keping tiket satu cite Hotel Transylvania, satu lagi Hantu Kapcai..Juga satu cerita malay, satu cerita kartun english. Hihi.

3. Dah habis, terasa lapar pegilah makan..lapar-lapar pun makan tak abis..tak tau la sebab makan seorang takde "feel" ke atau banyak sangat kut. Then, pusing-pusing dalam time square, jumpa cardigan..ambik..jumpa dompet syiling yang comel..ambik..jumpa dompet handphone yang boleh la pakai untuk kerja..pun ambik..hihi.

4. Jalan-jalan..ok mind set..balik lah..dah petang..tiba-tiba kenapa la rasa tapak kaki ini semacam jek..aduhai..tapak kasut tercabut pulak..hermm..kena cari kedai kasut ni..ok..dapat..ambik..err..warna pelik je..ambik je la..hihi.

5. Balik..stesen monorail..punyalah ramai orang..ok takpelah sekali sekala..cuci mata kejap, ramai lelaki-lelaki cute..hihi. Dapat naik, sampai kl sentral..jumpa satu kedai..eh..seluar legging ni macam perlu je..ambik..hihi.

Akhirnya, naik je tren..terus balik dengan senang hati. Erk..senang ke..padahal semua tujuan untuk keluar hari langsung tiada dalam senarai..hihi. Lain kali je lah..haha..:p

P/s: lone renjer pun seronok juga..hihi

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu