Posts

Showing posts from January, 2012

Terlintas sejenak

Image
"Berbaktilah kepada ibu dan bapa,kerna itu sebaik-baiknya perbuatan" "Tidak pernah kenal erti putus-asa dalam mencintai, kerna melupakan itu satu yang sukar" "Jangan memberi aku harapan, jika kau tidak mampu membahagiakan" p/s: Itu yang terlintas di fikiran semenjak 2,3 hari ni..:)

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor

Image
Pantai Minyak Beku ini terletak sejauh 20 minit dari bandar Batu Pahat. Dengan jalan yang agak berliku-liku macam badan ular, memang agak terasa juga la jauhnya perjalanan ke pantai ini. Pantai Minyak Beku ini dikatakan diambil namanya sempena nama Kampung Minyak Beku . Tetapi, kenapa mesti dinamakan minyak beku, tidaklah hamba ketahui. Hihi. Sebabnya, dekat pantai ini tiada la pula menjual minyak ke, pantai ini berminyak ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan minyak. Lagi-lagilah minyak beku kan. Di Pantai Minyak Beku ini juga terdapat Perigi Batu Pahat. Perigi Batu Pahat ini ada juga al-kisahnya tersendiri. Perigi ini terletaknya dicelah-celah batu-batu besar di tepi Pantai Minyak Beku ini. Tetapi, rupanya ala-ala macam kolam kecil la. Kedalamannya tidak pula diketahui. Sebabnya, aku takut terjatuh pula dalam perigi ini bila sibuk-sibuk mencari kedalaman perigi ini. Hehe. Uniknya, perigi Batu Pahat ini dikatakan terbentuk apabila batu-batu ini dipahat oleh askar-askar Siam

Kluang Rail Coffee

Image
Ya..hari ini aku nak buat entri pasal Kluang Rail Coffee . Mesti semua pernah dengarkan, lagipun dekat mana-mana tempat pun banyak Kluang Kopitiam ini kan. Tetapi, hari ini aku nak bawa pergi ke tempat dipercayai asalnya Kluang Rail Coffee ini. Semestinya di Kluang, Johor kan. Nama pun Kluang Rail Coffee ..hehe. Kluang Rail Coffee ini terletak bersebelahan dengan stesen keretapi tanah melayu Kluang. Kedai kopi ini dibuka dari pagi hingga ke petang. Dipercayai Kluang Rail Coffee ini telah wujud pada tahun 1938. Kawan aku cakap (dia asal dari Kluang juga), pagi-pagi ramai orang beratur untuk dapatkan roti bun , nasi lemak dan kuih-kuihnya. Beratur lagi tu. Aku pergi waktu petang, ramai juga orang tetapi tetap ada tempat duduk, tetapi sedihnya tidak dapat pula hendak merasa nasi lemaknya. Nasi lemaknya dibungkus dengan daun pisang tetapi kecil sahaja saiznya. Kawan aku kata, kalau makan satu memang tidak akan cukup la. Rugi pula tak dapat rasa. Jangan kempunan sudah la. Hehe. Tetapi,

Novel: Suami Yang Ku Benci

Image
Hari ini nak buat review sikit pasal novel Suami Yang Ku Benci . Novel ini boleh aku bagi empat bintang la sebab jalan ceritanya agak menarik dimana aku akan sentiasa tersenyum sendiri sepanjang membaca novel ini. Ala-ala syok sendiri la juga. hehe Novel hasil nukilan E-man Sufi juga terbitan Karya Seni ini aku beli secara online dari website Karya Seni sendiri. Lebih cepat,mudah dan murah. Terbaik la..:) (Minta kebenaran pinjam cover novel kejap kat entri kali ini) Berkisarkan perkahwinan terpaksa (seperti kebanyakan novel-novel yang lain) tetapi agak "Jauh panggang dari api" la juga apabila seorang CEO dipaksa berkahwin dengan penjual burger. Hehe. Bermula dengan pergaduhan tetapi berakhir dengan banyak adegan-adegan romantik. Bagi seseorang yang ingin membaca sesuatu yang santai dan relax . Ini novel yang terbaik, sebab novel ini memang ringkas, mudah difahami juga akan tenangkan fikiran dengan lawak-lawak romantiknya. :) Selamat Membaca...

Cabaran

Image
Setiap orang punya cabaran, Tetapi tahap cabaran setiap orang itu berbeza, Setiap orang pasti ingin menang, Tetapi takdir itu hanya milik ALLAH SWT yang Esa. Jangan putus asa itu yang pasti, Kerna tawakal itu adalah sebaik-baiknya, Jangan juga terlalu berkeyakinan tinggi, Kerna sombong itu bukan sifat kita. Ya ALLAH, mudahkanlah segalanya untuk kita, Agar mendapat apa yang dihajati dengan izinMu, Ya ALLAH, bimbinglah kami senantiasa, Agar tujuan hidup kami seiring dengan keredhaanMu. Cabaran akan sentiasa disambut, Dengan tangan yang terbuka dan kosong, Cabaran akan terlaksana dengan tepat, Dengan izin Nya yang sentiasa berada di saat susah mahupun senang. Amin...amin...Ya Rabbi Alamin...:) Insya ALLAH.. p/s: Untukku juga kawan-kawan seangkatan denganku...:)

Pandangan Mata Beracun??

Image
" Pandang mata kau beracun sungguh "... Aku terdiam sejenak. Pandangan mataku beracun ke? Bukan seorang yang bercakap sebegitu denganku. Tetapi, boleh dikatakan ramai juga menegurku sejak zaman persekolahan lagi. Tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Tetapi, baru-baru ini apabila aku ditegur kembali setelah sekian lama. Mindaku terdetik dan tergaru-garu dengan pelbagai persoalan. Apakah yang dimaksudkan dengan pandangan beracun? Bermaksud baikkah atau burukkah? Bagaimana pula konsep pandangan mata beracun ini dalam Islam? Disebabkan pelbagai persoalan ini, akhirnya aku pun google mencari maksud pandangan mata beracun. Jumpalah apa yang aku cari di blog http://johor.ikram.org.my. . Saya ingin berkongsi satu petikan dari blog johor.ikram.org.my (Bahan Imu dan Dakwah) , yang berbunyi lebih kurang begini, pandangan mata ibarat panah beracun sebagaimana sabda Rasulullah SAW . Sabda Rasulullah SAW , "Sesungguhnya pandangan mata itu adalah anak panah beracun dari panahan iblis

Bosan

Image
Hari ini aku bosan yang amat. Aduhai, hendak buat kerja malas. Penyakit "M" dan Bosan datang serentak menyerbu diri. Macam-macam dah posisi aku buat dekat dalam bilik ini.Terbaring,terduduk dan terlentang. Hendak baca buku pun takde mood ni. Why...why...why!!!!! Haaa.....aku dah serupa macam kucing ni pun ada gak nih. Tengok..Kucing yang comel ni pun tau bosan. Huhu. Meow..meow ni lagi dasyat bosannya...hahaha. Tetapi jangan ingat kucing je tau bosan. Baby pun tau bosan juga. :) Tengok Si kecil ni, bosan sampai tengok jek muka dia sendiri. Haha. Baby yang comel. :) Haa...kalau Si kecil Mia ni pula bosan, kerjanya berjalan je. (Mentang-mentang baru pandai jalan..hehe) Satu rumah dia akan jalan. Part paling dia suka kat dapur la. "Menolong" mama or nenek dia mengemas. Hahaha. Kalau dah bosan sangat-sangat. Dia akan datang kat maksu dia nie, angkat tangan minta didukung. Itu maksudnya suruh bawa dia jalan-jalan kat luar. Hahaha. Budak kecil yang sungguh comel. :))

Hari Ini Dan Semalam

Image
Semalam (07 Jan 2012) Hari yang sungguh memenatkan, busy sepanjang hari sehingga ke petang, petang pula pergi menghantar adik sepupu ke kolej. Herm, dapat lah melepaskan gian membawa my sweetheart jalan-jalan, dah lama pula rasanya tidak memandu my sweetheart tu. :) Masa menghantar adik sepupu tu, tiba-tiba nostalgia lama terkeluar dari kotak minda ini. Teringat pula zaman-zaman tengah study dulu. Rindu yang amat pada zaman bersuka ria, sekarang ni macam kena lebih komited pada kerja, tidak boleh bersuka-ria sangat. Hermmmm.. Tetapi, bersyukur juga sebab diberi peluang menjalani satu peringkat demi peringkat kehidupan yang memberi seribu pengalaman dan kenangan yang berbeza. Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada apa yang lebih berharga dari kenangan semalam, yang juga menjadi peringatan pada masa akan datang. Hari Ini (08 Jan 2012) Hari ini, bangun pagi saja, tiba-tiba " mood blues " a.k.a jiwang. Alahai, malas sungguh kalau mood ini datang. Mula la, bagi status bukan-bukan

:)

Image
Kalau ditanya apa benda atau anugerah yang tidak ternilai diberikan pada aku sepanjang tahun 2011....inilah jawapannya.... Adriana Miasara Binti Amirzan Shah. Bukan sahaja untuk abang dan juga kakak ipar ku, tetapi ia juga penantian kami sekeluarga selama 4 tahun lamanya...Alhamdulillah....:) Kenangan Terindah 2011...:)

Perubahan

Image
" One Little Step Can Make A Huge Different To You "....ayat ini sentiasa akan menjadi peringatan untuk diri ini untuk sepanjang tahun 2012. Thank You to Cik Wedges yang sentiasa mengingatkan.

Permulaan...:)

Permulaan dimana saya cuba untuk melakukan sesuatu perubahan setanding dengan azam saya untuk tahun 2012 ini...Ini salah satunya...;)