Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor



Pantai Minyak Beku ini terletak sejauh 20 minit dari bandar Batu Pahat. Dengan jalan yang agak berliku-liku macam badan ular, memang agak terasa juga la jauhnya perjalanan ke pantai ini. Pantai Minyak Beku ini dikatakan diambil namanya sempena nama Kampung Minyak Beku. Tetapi, kenapa mesti dinamakan minyak beku, tidaklah hamba ketahui. Hihi. Sebabnya, dekat pantai ini tiada la pula menjual minyak ke, pantai ini berminyak ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan minyak. Lagi-lagilah minyak beku kan.





Di Pantai Minyak Beku ini juga terdapat Perigi Batu Pahat. Perigi Batu Pahat ini ada juga al-kisahnya tersendiri. Perigi ini terletaknya dicelah-celah batu-batu besar di tepi Pantai Minyak Beku ini. Tetapi, rupanya ala-ala macam kolam kecil la. Kedalamannya tidak pula diketahui. Sebabnya, aku takut terjatuh pula dalam perigi ini bila sibuk-sibuk mencari kedalaman perigi ini. Hehe. Uniknya, perigi Batu Pahat ini dikatakan terbentuk apabila batu-batu ini dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri dari dikejar oleh Bendahara Tun Perak selepas tewas dalam peperangan menyerang Melaka. Semasa sampai di Batu Pahat, askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Dikatakan nama daerah Batu Pahat diambil dari peristiwa tersebut.


Apa yang boleh aku katakan, pantainya memang cantik, masih suci. Cuma kawasannya tidak dijaga rapi seperti sebuah tempat pelacongan. Orang yang datang mengunjungi kawasan ini pun boleh dikatakan tidak ramai berbanding pantai-pantai yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu