Posts

Showing posts from September, 2012

Pujian

Semua orang suka dipuji..pantang dipuji mulalah tersenyum-senyum..tersengih-sengih. Itu pun reaksi yang paling kurang..reaksi paling maksimum..fikir-fikirlah sendiri. Tetapi, disebalik pujian itu, adakah kita pernah terfikir ia mungkin sebenarnya perlian atau mungkin juga peringatan untuk kita supaya menjadi lebih baik dari sepatutnya. Mengharap perubahan yang positif ke arah kebaikkan, bukannya perubahan kearah kesombongan dan lupa diri. Pujian umpama racun jika kita tersalah mentafsirnya. Tetapi akan menjadi madu jika betul kita mentafsirnya. Hari ini dipuji, esok lupa diri. P/s: sifat rendah adalah terbaik..bila dipuji..pulangkannya pada Pencipta kita yakni Allah Swt..kerana Dia lah paling berhak menerima segala pujian. ;) Published with Blogger-droid v2.0.9

Indahnya

Image
Walaupun Kuala Lumpur itu sibuk, bandar yang elit, sesak dengan pelbagai jenis kenderaan tetapi tiba pada waktu senja. Ia tetap indah dipandang. Sayu hati ini dengan kebesaranNya walaupun di kota yang penuh dengan segala debu ini. Dihiasi lagi burung-burung yang pulang ke sarangnya. Oh indahnya. Hari ku yang memenatkan rasa terubat dengan pandangan yang indah ini. Published with Blogger-droid v2.0.9

Jangan kata "tidak boleh"

"Jangan sesekali kata tidak boleh atau payah. Apa yang kita fikir itu akan jadi. Apa yang terjadi hari ini adalah apa yang kita fikir sebelum ini. Ubah cara fikir untuk ubah cara hidup." (kata-kata Prof Dr Muhaya) P/s: Like fb Prof Dr Muhaya untuk lebih info dan kata-kata motivasi. :) Published with Blogger-droid v2.0.9

Assalammualaikum

Selamat pagi Kuala Lumpur! Mulakan hari anda dengan senyuman diwajah-wajah anda semua yang manis itu. Bertambah manis jadinya. InsyaAllah hari anda akan dipenuhi keberkatan. Amin. ;) Published with Blogger-droid v2.0.9

Kalaulah ada jodoh

Ermm..kalaulah ada jodoh antara aku dan dia...apakah yang akan terjadi? Aku pasti orang di sekelilingku pasti akan rasa gembira dan bangga. Almaklum la status hidupnya juga rupanya yang menarik, pasti menjadi menantu pilihan. Ayahku, emakku, abang-abangku malahan sedara maraku mesti gembira tak habis la. Tapi, macam mana pulak dengan aku? Adakah aku juga akan rasa bahagia? Kemungkinan aku akan rasa bahagia sebab ini pilihan aku. Malahan aku memang sangat-sangat menyukainya without any reason. Ya, memang tanpa sebab tapi itulah kenyataannya. Bahagiakah aku nanti? Dia yang tak pernah sekalipun mencari aku dulu..ada kemungkinan ke dia akan membimbing aku dan melindungi serta bersifat prihatin sedangkan dia tidak pernah bertanya apa-apa pasal diri ini. Aku tidak tahu mahu bertanya layakkah aku menerimanya sebagai suamiku..atau layakkah dia menerima aku sebagai isterinya? :"( Jawapannya hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. P/s: mood sedih lagi..:"'( Published with Blogg

Sensitif?

Perempuan lebih sensitif berbanding lelaki. Bagi saya itulah kenyataannya. Dari segi kesihatan ke, dari segi keperihatinan ke, dari segi belas kasihan ke atau apa-apa je lah. Perempuan lebih bagus berbanding lelaki. Tahapnya sangat tinggi berbanding lelaki. Mungkin ada lelaki lebih sensitif. Tetapi, lelaki-lelaki disekeliling saya memang kurang sensitif.  Orang kata lelaki akan jadi lebih sensitive dan prihatin bila dah kahwin? Betul ke? Bukan satu atau dua orang cakap macam tu..tapi ramai tau.? Hermmm…macam tu pulak ye. p/s: mood sedih

Balooonn...atau buih buih cinta

Image
Budak-budak sangat gemarkannya...apa dia?? Tak nak cakap banyak la. Satu gambar merencanakan seribu cerita. Jom kita lihat...:)

Sang Hati

Apakah yang aku takutkan? Apakah semua akan berakhir begini? Sampai kapan akan begini sentiasa. Tiada perubahan, tiada kepastian. Aku akan sentiasa begini Mencari...mencari dan mencari. Tetapi hati tidak sekata dengan fikiran. Hati tidak mahu yang lain. Selain dia..:"( Published with Blogger-droid v2.0.9

Cuak

Ya..itu lah yang aku rasakan sekarang ni. Andai kata sesuatu berlaku pada barang-barang kesayangan anda, mesti anda rasa gelisah, tak tenteram, seram sejuk dan tak tentu arah..sampai lah masalah nya selesai..barulah kita rasa lega..fuhhh...itulah namanya cuak..hihi.. P/s: barang kesayangan seperti nyawa sendiri lagi-lagi jika diberi oleh orang yang kita sayang..:) Published with Blogger-droid v2.0.9

Novel lagi...

Image
Sekarang ni..tengah syok layan cite Setelah Hati Dimiliki.. ceritanya agak best....dan sedih. Kekecewaan yang berkali-kali diakhiri kebahagiaan. Tetapi, tajuknya..tajuknya memang bertepatan...dengan jalan ceritanya. Setelah hatu Auni dimiliki..walaupun seribu lelaki baik lain yang datang, hatinya tetap pada yang satu itu..:) Enjoy..hihi Published with Blogger-droid v2.0.9

Testing..testing

Jom kita mencuba..hihi. Try-try post entri dari mobile..kalau ok and laju je..boleh la post selalu..hihihi..thank u to my friend cik wedges...:) Published with Blogger-droid v2.0.9

Keperluan?? Ke Kehendak?? :)

Image
Wahh...dah lamanya tidak menconteng sesuatu di sini...hehehe...huhu..busy la dengan kerja...dengan novel-novel...dengan tilam dan bantal...hihi. Setelah sekian lama menyepi, hari ni rasa nak kongsi satu benda dengan korang semua. Pasal apa ye? Jeng..jeng..jeng..hihi..;p Erm...tajuk entri kali ni pasal apakah barang-barang yang anda akan bawa kalau keluar or pergi jalan-jalan?? Hehe...dan barang itu keperluan atau kehendak?? Jom tengok apa saya akan bawa k..:) First, Ni semestinya keperluan kan, tanpanya orang-orang penting takkan dapat menghubungi anda...so ini keperluan..:) Kedua, Ha yang ini maybe kehendak je untuk anda-anda di luar lagi-lagi kaum wanita kan...hehe. Tetapi, ini juga keperluan untuk saya ok..sebabnya saya selalu terkena selsema tiba-tiba..tau meleleh tiba-tiba...so untuk mengelakkan saya jadi tak tentu arah better sediakan payung sebelum hujan kan..;) Ketiga, Hihi...ini pun keperluan ok...walaupun memang tidak banyak..tetapi tanpanya...tiadalah tambang