Kalaulah ada jodoh
Ermm..kalaulah ada jodoh antara aku dan dia...apakah yang akan terjadi? Aku pasti orang di sekelilingku pasti akan rasa gembira dan bangga. Almaklum la status hidupnya juga rupanya yang menarik, pasti menjadi menantu pilihan. Ayahku, emakku, abang-abangku malahan sedara maraku mesti gembira tak habis la.
Tapi, macam mana pulak dengan aku? Adakah aku juga akan rasa bahagia? Kemungkinan aku akan rasa bahagia sebab ini pilihan aku. Malahan aku memang sangat-sangat menyukainya without any reason. Ya, memang tanpa sebab tapi itulah kenyataannya. Bahagiakah aku nanti?
Dia yang tak pernah sekalipun mencari aku dulu..ada kemungkinan ke dia akan membimbing aku dan melindungi serta bersifat prihatin sedangkan dia tidak pernah bertanya apa-apa pasal diri ini.
Aku tidak tahu mahu bertanya layakkah aku menerimanya sebagai suamiku..atau layakkah dia menerima aku sebagai isterinya? :"(
Jawapannya hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.
P/s: mood sedih lagi..:"'(
Comments
Post a Comment