Posts

Showing posts with the label enggang

Sang Pencinta

Assalammualaikum Pembuka kata dengan ucapan salam Sudah lama tiada coretan Bukan kerana aku tiada hati mahupun perasaan Tetapi aku ingin jauh dari masalah itu Dia umpama perwira di kalangan manusia biasa Hanya boleh dipandang mahupun dikagumi Perasaan yang lahir untuk nya hanya layak untuk disimpan Kerana aku tidak sepadan Aku ingin terbang bersama Aku ingin hinggap bersama Malangnya aku pipit dan dia enggang Terbang bersama tetap nampak jurangnya Kenapa aku sang pencinta Kerana aku hanya layak untuk mencintai Tetapi tidak layak untuk dicintai Siapalah diri ini Sejak azali aku hanya layak untuk digelar sang pencinta Ya aku tidak faham Mengapa dipertemukan jika hanya untuk mencintai Hanya Allah yang Maha Mengetahui Aku redha Aku bukan perampas Aku terima Aku bukan terlayak untuknya Satu ungkapan terbuku di hati Mencintai tidak semestinya memiliki Berbahagia la wahai pemilik hati Walau pemilik hatimu bukan diri ku *VR*