Posts

Showing posts from 2013

Cabaran

Coretan bermula kembali.. Kali ini tajuknya cabaran..kenapa dengan tajuk ini? Aku tertarik kerna aku terasa cabaran nya bila belajar sambil kerja, no life, no time and tired. But like my friends say, the rewards will get after the hardest time we have.  Kadang kadang masa itu memang ada but the hardest thing that mood malas pula datang.  Macam mana kita nak selesaikan problem ni, maybe we should have mental yang kuat untuk melawan sifat malas ini kan. Huhu. 

Beli-beli :)

Image
Sesiapa berminat dengan barang - barang di bawah ini, boleh lah comment atau nak lebih cepat..mesej or whatapp saya kat no: 012 3274496. Sweater di bawah, masih baru, size XL.Sesuai untuk lelaki dan perempuan. RM40 termasuk pos semenanjung mahupun sabah sarawak.  Baju di bawah ini pun baru, size fit L. RM30 termasuk postage. Tambah RM3 untuk sabah dan sarawak. Ada tali pengikat di belakang. :)  Jubah kemboja, size L dengan ketinggian yang sesuai 155cm ke 160cm. Baru sekali pakai. Harga RM50 tidak termasuk pos. Harga boleh dirunding lagi. :)  Kasut baru dari Summit. Size 6, Sedap dipakai. Casual dan sesuai dipakai untuk pergi kerja. RM45 termasuk pos, semenanjung dan sabah serawak.

Peka dan teknologi

Setujukah anda jika saya katakan teknologi itu telah menyekat kepekaan kita pada dunia dan pandangan kita pada keadaan di sekeliling kita. Teknologi juga terlalu banyak mendedahkan kita pada gosip luar, dimana kita lebih ambil berat pada keadaan yang kita 'tidak nampak' dari keadaan yang kita 'nampak".

Dress yang menarik dan warna warni

Image
Adakah anda peminat dress yang meriah lagi berwarna warni. Disini ada disediakan dress yang menarik..terdapat dalam kain plain mahupun bercorak. Boleh beli satu set mahupun single..:) Menutup aurat dan sungguh elegan. Cardigan di atas ini juga sangat menarik dan terbaru. Jika berminat boleh msg/whatapps saya di nombor 0123274496 . Bagi yang betul betul berminat sahaja akan dilayan ok..:) daaa...

Sometimes

Sometimes.. Kita tidak tahu kita ini bagaimana orangnya. Kita tidak tahu apakah pandangan orang terhadap kita. Sometimes.. Kita tidak tahu orang lain itu bagaimana. Kita tidak tahu bahawasanya orang lain itu menyakiti hati kita. Sometimes.. Kita tidak tahu nasib seseorang itu Malahan kita sendiri tidak tahu nasib diri kita sendiri. Sometimes.. Apa yang kita lihat tidak sama apa yang dia rasai. Apa yang kita dengar tidak sama apa yang dia alami. Sometimes.. Kita mencemburui orang lain kerana nasibnya. Kita berasa sedih dengan nasib kita pula. Dimanakah perkataan bersyukur itu. Lupakah kita padanya. Mudah untuk berkata, susah untuk dirasai. Ketidakpuashati sentiasa berlegar-legar di sana sini. Harus bagaimana lagi untuk kita menyakinkan hati ini. Only ALLAH knows..;) Sometimes..

Aku yang sunyi

01.10.2013..di saat umurku 28 tahun..aku masih belum berpunya. Di waktu umur 28 tahun..rakan-rakanku punya suami..punya keluarga..punya anak-anak yang comel. Tetapi aku masih belum berpunya. Bukan aku menangisi, tetapi berseorangan itu sangat menyakitkan. Sentiasa keseorangan walaupun punya rakan untuk bersuka ria, punya keluarga untuk melindungi tetapi tetap rasa keseorangan itu. Harus bagaimana untuk menggambarkan, sebab rasa itu sukar untuk ditafsirkan. Aku benar benar sunyi. Aku ingin seorang yang bernama teman hidup untuk menemani, melindungi, memahami, mendengar dan berkongsi segalanya. Adakah aku akan dapat merasai peluang itu? Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. In Shaa ALLAH.

AuraWhite chocolate

Adakah anda familiar dengan produk-produk aurawhite? Kini aurawhite memperbaharui lagi perisanya dengan keluaran terbaru nya AuraWhite chocolate. Rasa yang enak dan kualiti yang masih sama. Jika anda berminat bolehlah whatsapp atau mesej saya: 0123274496 . Bagi yang betul betul peminat sahaj akan dilayan. Terima kasih.  AuraChocolate Free Postage     Free Shaker     Free  Mini AuraShine     Free Lotion L-pomegranate     Free Bedak Thanaka 110gm     Free 2 Shiseldo Black Mask     Free 2 Shiseldo Naturgo Mask     Free Lips Mask. Harga: RM155   

Aku dan dia

Ini jalan yang kupilih, jalan yang tidak diketahui lagi hujungnya. Tetapi, aku pasti Allah Maha Mengetahui. Aku beserah. Walaupun aku mungkin tidak disatukan dengannya, tetapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mencintainya. Aku bersyukur walaupun aku yang memberi dia yang menerima. Aku yang mencintai dia yang dicintai.  Setiap perhubungan akan ada give and take. Semua kawan kawanku, ahli keluarga ku berpesan, jika inginkan sebuah perhubungan yang bahagia, aku perlu mencari seseorang yang lebih memcintaiku dari aku mencintainya. Tidak kunafikan kebenarannya. Tetapi, aku tidak dapat merasai kebahagiaan dan tidak dapat mencintai sesiapa yang mencintaiku.  Aku tidak dapat memaksa dan aku tidak suka dipaksa. Walaupun aku pedih, sedih dan berduka dengan hubungan seperti ini. Tetapi, aku juga merasai kebahagiaan, merasa berada disampingnya walaupun jauh.  Biarlah aku mengikut rentak dan jalan yang aku pilih, kumohon keredhaan Mu ya ALLAH. Agar jalan ini tidak dicemari dengan kejahatan

Something New

Assalammualaikum..:) I've learn new things today. Saya rasa jika kita ingin belajar sesuatu yang baru, kita kena bersabar dan tidak jemu berfikir dan mencuba. Dan yang paling penting, kita kena cuba banyak kali dan continuously sedikit demi sedikit. Al maklum la, saya semakin 'tua', jadi semakin lambat untuk menangkap sesuatu benda, dan jika memaksa dalam masa yang singkat, otak saya akan pening dan tidak dapat berfikir secara rasional. Biar lambat tetapi kita dapat input yang hendak dicari dan kita membiarkan otak kita sentiasa berfungsi. :) itulah gunanya kata pepatah..sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.. Setuju tak?

Sepi Melanda Muka Surat Ini

Herm...lama dah tak menulis..Terasa bukan lagi diri ini.. Aku akan mulakan semula membaca, mencoret..hari ini kita mulakan dengan sepotong dua ayat dahulu...esok lusa kita akan perbanyakkan lagi..:)

Insan yang bernama dia

Dia segala galanya untuk ku..tiada lain selepas hati ku tertulis namanya..tiada jodoh buatku dan dirinya..aku menangis..aku sendu..tetapi takkan ku mendoakan yang tidak.baik selain yang baik untuk nya...aku redha..dia bukan untukku..Allah lebih mengetahui apa terbaik untuk diriku. :)

Kesunyian

Sunyi..ya itu yang aku rasakan. Walaupun aku dikelilingi keluarga mahupun sahabat, tetapi aku tetap berasa sunyi. Kadang kala, akal ku menjawab bagi soalan yang dituju oleh hati. Hati bertanya, bolehkan aku hidup tanpa teman? Akal menjawab boleh, asalkan keluarga sentiasa bersama ku. Kadang kala, hati bertanya lagi soalan tidak kah aku berasa sunyi? Akal menjawab tidak,asalkan aku ada bersama keluarga ku. Tetapi hati ku tidak dapat menerima jawapan akal ku. Kerana akal ku hanya dapat berfikir tetapi hati yang merasa. Ya, aku merasa sunyi. Akal tidak perlu menjadi hipokrit kerana hati ini tidak dapat menipu. :"( Aku sunyi, aku ingin rasa dicintai..tetapi malangnya aku hanya mendambakan rasa dicintai oleh orang yang ku cintai. Aku tidak dapat menerima kasih orang yang ku tak cinta. Rasa dilindungi..rasa disayangi..rasa dikasihi...itu yang aku inginkan. Tetapi selama 28 tahun ini, aku belum dapat merasainya lagi. Aku pasrah..jodoh itu milik Allah.

Pengajaran

Pengajaran untuk hari ini (12.05.2013): Memberi ilmu biar ikhlas, menolong biar redha dan sentiasa tawaduk dan menghormati orang lain. Kemaafan itu memang sukar tetapi bila diberikan..ketenangan nya tidak terkata..in shaa Allah..aku tidak senang tetapi aku juga masih mampu untuk membantu selagi terdaya..:") istiqamah lah..

Tudung AKEL Hijab Online Shopping

Image
Assalammualaikum...(lepas 3 entri baru teringat nak beri salam..huhu..maaf ye..;( my mistake) Kepada kawan-kawan semua yang berminat dengan tudung akel, baru-baru ini kami (terutama admin farhah) telah membuat restock untuk tudung akel polkadot, plain with stripes, dan juga 2 tone (bidang 50), kepada yang berminat boleh pegi ke page kami https://www.facebook.com/HijabAKEL..untuk melihat lebih banyak lagi pilihan. Free postage ke seluruh Malaysia..:) Jom kita lihat..:)  Akel 2 tone (bidang 50)  Akel polkadot (bidang 50)  Akel plain with stripes (bidang 50) Selain di facebook, admin farhah juga ada meletakkan gambar - gambar tudung akel ini di instagramnya.. #tudungakelhijabonlineshopping atau terus follow ADMIN CIKWEDGES (AxlFARHAH)...jika berminat sila-sila ke page kami di facebook dan instagram ye.. Sila sebarkan pada kawan-kawan ye..thank you..:)

Jubah Jeans

Image
Maaf kualiti gambar kurang menarik...jubah jeans ini baru ye kawan-kawan. Sesuai untuk badan yang bersaiz L, dan XL..tinggi 163cm - 165cm.. Saya jual dengan harga RM60 termasuk postage ke seluruh malaysia. Jika berminat, bolehlah sms/whatapps ke 012-3274496 (Nurliza) Kepada yang betul-betul berminat sahaja ye..Terima Kasih..:)

Rezeki Yang Halal

Bagaimana untuk mencari rezeki yang betul-betul halal...dimana mengambil kira riba, penolakan cukai dan zakat dan sebagainya. Betapa pentingnya rezeki yang halal untuk sesuap nasi, untuk pengaliran darah yang bersih... Ya ALLAH, bantulah hambaMu dalam pencarian rezeki yang halal ini..Ameen *kagum dengan my brother...he make me feel to wrote this entry..:)

Hari yang paling bermakna

"Would u be my princess for..." dan "ure officially my gf"..dua ayat yang teramat bermakna dalam hidup ini..walaupun hanya untuk seketika..aku bersyukur diberi peluang untuk merasainya..:'") Alhamdulillah.. (27.03.13)

Peminat warna Ungu

Image
Ya...saya peminat warna ungu..tidak dinafikan lagi..:) hehe. Peminat warna ungu dikatakan seorang yang agak sensitif dan mempunyai aspirasi yang tinggi. Hermm..apa maksud aspirasi ye? Jom kita google jap..oo...maksudnya keinginan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu..huhu..adakah ini kebetulan...sebabnya nama saya juga bermaksud sedemikian rupa. Adakah ini juga bermaksud aku obses kepada sesuatu...? Ya Allah jauhkan lah sifat-sifat buruk ini..:( Selain itu, si peminat warna ungu juga dikatakan tidak sabar, gemar memarahi orang lain dan juga bersifat kasar. Herm...tidak sangka ya disebalik warna yang cantik dan anggun ini, tersembunyi sifat yang jauh bertentangan. Kebenarannya, ya..aku mengaku aku kadang-kadang memarahi orang lain dengan tiba-tiba atau tanpa usul periksa...tetapi bukan gemar ya..cuma kadang-kadang dimana pabila tidak dapat mengawal emosi sahaja. Kasar? Herm...rasa nya tidak lah sekasar mana...ada juga lembutnya..malahan orang disekelilingi menyifatkan aku sebagai ayu

Dekat kan aku pada dia

Kenapa kehidupan ini penuh cabaran dan liku? Terutamanya pabila berkaitan dengan hati dan perasaan. Ya..cinta. Cinta itu bagiku sangat rumit dan sukar untuk di fahami. Disaat aku rasa semakin rapat dengannya, rupa rupanya aku semakin jauh darinya. Walaupun sejuta kali aku ingin jauh darinya, tetapi sejuta kali itu juga aku gagal..dan akan kembali bermuka tembok menghubunginya semula. Rumitnya perasaan ini. :( Peliknya lelaki yang kita suka, tidak pula menyukai. Tetapi, lelaki yang kita tidak suka, terhegeh-hegeh sepertimana terhegehnya kita pada orang yang kita suka. Itulah namanya kehidupan. Penuh warna..dan penuh lakaran. Demi Allah, aku masih lagi menaruh harapan dan cinta pada si "A". Dekatkan lah aku padanya, berjodohkanlah aku padanya. Satukanlah hati kami berdua dengan ikatan yang sah..moga jodoh kami hingga ke akhir hayat. Ya Allah..:")

Sekadar coretan

Assalammualaikum...begitu lama rasanya tidak mencoretkan sepatah dua kata di sini.Akibat dari kerja-kerja yang banyak, masa yang terhad, dan kehabisan idea..aku hanya dapat mendiamkan diri sahaja. Terfikir tanpa dapat membuat apa-apa pun..:) Kini sekali lagi aku hanya dapat mencoret dengan idea yang kosong sahaja. Tadi semasa duduk-duduk menonton tv dengan keluarga. Bapa ku membuka "channel" human planet. Tidak pernah ku melihat program ini, tetapi hari ni aku tiba-tiba terasa menarik pula program ini, apabila seorang doktor menolong memulihkan kembali penglihatan seorang warga tua dari kalangan masyarakat yang miskin. Bagaimana gembiranya dan mungkin suatu kepuasan bagi seorang doktor melihat pesakitnya boleh melihat semula selepas melakukan pembedahan. Ya Allah, terharu aku melihat babak tersebut walaupun sebentar. Untungnya menjadi seorang doktor, besarnya pahalanya membantu orang lain. Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....:'")

Tudung AKEL Hijab Online Shopping

Image
Wah dah lama..tidak mem'blog'kan diri...hehehe. Baru hari ini berkesempatan untuk menulis di blog. Apa khabar semua?? Ok, hari ini saya ingin menulis pasal page fb kawan saya..Cik Wedges. Pernah dengar pasal Tudung Akel. Ok kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui pasal Tudung Akel, berminat untuk membeli tudung akel, atau nak window shopping je tudung akel...boleh lah anda-anda semua ke page fb Tudung AKEL Hijab Online Shopping. Taip je di facebook, anda akan dapat melayari pagenya. Sila-sila lah ya...jasa baik anda semua amat dihargai...:)

Menjauhkan diri

Aku ingin menjauhkan diri..sejauh-jauhnya. Sejauh jauh yang boleh..mencari cahaya dari hadapan. Cahaya yang menyuluhkan jalan yang sepatutnya aku lalui. Jauh ku kali ini..tidak akan berpaling. Kerana aku sudah tidak sanggup hidup dalam kekecewaan yang jitu. Kesedihan yang memedihkan. Kerana aku sangat sangat mencintainya.