Posts

Showing posts from 2009

New World

SALAM Semalam segala-gala yang berkaitan dengan Praktikal dan Result Exam telah pun berakhir dan selamat. Walaupun keputusan ku tidaklah begitu cemerlang tetapi aku bersyukur kerana ia juga tidak berada di tahap yang kurang memuaskan...:) Semalam juga aku telah menyelesaikan masalah akaun ku, dan segala2 prosedur yang patut diselesaikan sebelum menjalani praktikal. Alhamdulillah, walaupun berpenat lelah menyelesaikan semua urusan tetapi akhirnya berjaya juga tanpa sebarang masalah. ;) Pada tanggal 23hb ni, bermula la cabaran ku di tempat baru, dunia baru dan cabaran baru. Praktikal tidak sama seperti belajar di sekolah mahupun Universiti. Semuanya berkaitan praktikal, kecekapan minda dan kefahaman yang tinggi. Bukan lagi semata-mata teori, pemahaman melalui buku dan juga suapan dari lecturer. ;) Harap2 aku berjaya harungi kesusahan dan kepayahan semasa praktikal ini dengan selamat dan cemerlang. Bermula dari 23hb November dan berakhir pada 5hb Februari. Tiada yang ku pinta selain doa d

Salam 1 Malaysia

Salam semua...dah lama saya tidak berkesempatan menulis blog saya. Al maklum la, sebelum ini sibuk dengan exam dan mencari tempat praktikal. Akhirnya, semua pun selesai. Cuma tunggu menunggu keputusan dan pergi praktikal. Praktikal ini banyak menduga kesabaran, ketahanan dan kekuatan jiwa ku. Macam2 dugaan yang menimpa dan harus ku tempuhi, tetapi ku bernasib baik kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada diri ku. Aku juga faham, dugaan yang diturunkan itu sebenarnya menduga diriku menjadi orang yang lebih baik dan lebih kuat. Tidak sekali-kali aku lemah walaupun kadang2 timbul rasa penyesalan dalam diriku ini. Penyesalan kepada keputusan yang telah dibuat dalam hidup. Tetapi, cepat2 aku disedarkan oleh ibuku yang paling disayangi. Jadi pengajaran yang aku dapat di sini. Dalam apa2 masalah yang kita hadapi, keluarga adalah orang yang paling penting dan sentiasa dekat dengan kita. Keluarga juga lah yang paling memahami. Semua masalah mungkin dapat di a

"Gediks"

Image
Hari ini aku tiba-tiba rasa nak tulis sumthing lepas baru je dapat balik laptop aku setelah berpisah dengan 'nya' selama seminggu. Aduh rindu sangat-sangat dengan laptop ku. Baru lepas hantar repair and Alhamdulillah diberikan balik kepada ku dalam keadaan seperti biasa. Tetapi, aku bukannya nak cerita pasal laptop tetapi pasal perangai atau mungkin juga attitute seseorang itu. Gediks atau gedik. Itu yang selalu orang akan katakan pada seseorang perempuan yang dikatakan berperangai mengada-ngada dan cuba menggoda. Dalam erti kata lain, mungkin juga boleh dikatakan perempuan yang 'agak' gatal dan cuba untuk merapatkan diri kepada seseorang lelaki yang mungkin dia sukai. Di manakah datangnya perkataan "gedik" itu sendiri. Siapakah yang memberikan istilah ini untuk diguna pakai untuk menunjukkan perangai seseorang perempuan tersebut. Dalam erti kata lain, siapakah kita untuk mempersoalkan tentang perangai seseorang itu, sedangkan kita juga adalah insan biasa dan