Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja kerana, dibina atas arahan Sultan Mansur Syah untuk isteri baginda, Puteri Hang Li Poh dari negara China. Perigi ini dipercayai tidak pernah kering, juga merupakan sumber air semasa musim kemarau. Jom kita ketahui sedikit sebanyak tentang Puteri Hang Li Po ni..hehe. Puteri Hang Li Po adalah seorang puteri yang telah memeluk islam , yang datangnya dari negara China, merupakan isteri kepada baginda Sultan Mansur Syah. Perkahwinan ini adalah salah satu perkara yang mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan negara China. Dikatakan kecantikan Puteri Hang Li Po ini menjadi kekaguman penduduk Melaka pada zaman itu. Sultan Mansur Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Hang Li Po di Bukit Cina (tempat terletaknya Perigi Hang Li Po ni). Bukit Cina akhirnya menjadi kawasan perkuburan cina orang tempatan. (betul-betul belakang Perigi Hang Li Po, dan agak besar jugak kawasan perkuburannya)
Comments
Post a Comment