Kluang Rail Coffee




Ya..hari ini aku nak buat entri pasal Kluang Rail Coffee. Mesti semua pernah dengarkan, lagipun dekat mana-mana tempat pun banyak Kluang Kopitiam ini kan.

Tetapi, hari ini aku nak bawa pergi ke tempat dipercayai asalnya Kluang Rail Coffee ini. Semestinya di Kluang, Johor kan. Nama pun Kluang Rail Coffee..hehe. Kluang Rail Coffee ini terletak bersebelahan dengan stesen keretapi tanah melayu Kluang. Kedai kopi ini dibuka dari pagi hingga ke petang. Dipercayai Kluang Rail Coffee ini telah wujud pada tahun 1938.





Kawan aku cakap (dia asal dari Kluang juga), pagi-pagi ramai orang beratur untuk dapatkan roti bun, nasi lemak dan kuih-kuihnya. Beratur lagi tu. Aku pergi waktu petang, ramai juga orang tetapi tetap ada tempat duduk, tetapi sedihnya tidak dapat pula hendak merasa nasi lemaknya. Nasi lemaknya dibungkus dengan daun pisang tetapi kecil sahaja saiznya. Kawan aku kata, kalau makan satu memang tidak akan cukup la. Rugi pula tak dapat rasa. Jangan kempunan sudah la. Hehe. Tetapi, roti bun peanut + mentega memang terbaik la. Sedap sungguh. Tak caya? Try pergi makan kat Kluang Rail Coffee ini.


Dikatakan juga, mentega yang digunakan juga dibuat sendiri. Rasanya memang unik, mentega itu seperti mencair di dalam mulut. Padahal masa diletakkan didalam bun itu, ia berbentuk pepejal lagi. Memang terbaik la...hehe.

P/s: Nak lagi...nak lagi....sedap...:)

Comments

  1. wahhhhh...ada gaya jadi pengacara jalan-jalan cari makan ni...hihihihi by da way, lawa la shawl ko tu!! teringin nak pakai macam tu..tapi tak reti...hmmmmmm

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...mana ada.....makan pun xpandey...;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu