Posts

Showing posts from 2010

My little cute niece.

Image
Ni dia, ahli baru keluarga Pak Rahman. Adriana Mia Sara binti Amirzan Shah. Comel tak?? Hehe. Love u Mia. Congratz to my bro n sis. Amirzan Shah dan Nurul Aizam, di atas kelahiran puteri sulung juga cucu sulung keluarga Pak Rahman. :-)

Plan Tak Menjadi

Image
Hermmm....pernah tak anda di luar sana mengalami situasi di mana anda dah "plan" hari minggu ni...saya nak buat ini la...nak buat itu la...tetapi last-last lain pulak dibuatnya. Apa yang di rancang tertunda lagi...Pernah tak...pernah tak??? Huhuhuhu...itu lah yang terjadi pada diri ini. Dah ada rancangan nak buat time-time cuti ini...last tak buat jugak. Sakit hati pun ada nie...sakit hati pada diri sendiri. Haishhhhh.....;(

Novel Legenda Elfarren

Image
Sekarang ni, cylver tengah dalam mood membaca novel yang baru je cylver beli dekat kedai buku Popular. Tajuknya Legenda Elfarren yang ditulis oleh Mohd Zahar Yasin. Cerita ni best ke tak,belum diketahui. Tunggu cylver baca dulu k..;-)

Cantik kan..

Image
Suka cara dibungkus,sesuai dijadikan hadiah..;-)

Coklat..demam coklat.

Image
Assalammualaikum, hari ni kita cerita pasal coklat pulak k. Hehe. Tadi abang cylver bawa balik coklat. Terus jatuh hati dengan coklat ni. Ye la,macam-macam bentuk pun ada. Comel la pulak. Hehehe.

Entry of the Day

Image
Assalammualaikum...Ermm...dah lama xbuat post baru kan. Dah sebulan lebih dah masa berlalu. Tetapi, aku masih di sini..haha. Tetapi, sebenarnya dalam masa sebulan lebih nie,macam-macam perkara yang dah berlaku. Mula dengan sakit, ada panggilan temuduga, hari Raya (Selamat Hari Raya Kawan-kawan...ehehe), temuduga lagi..itu lah dia... Cylver summarize kan ye. 21 August 2010 Tarikh ni, mula dah aku rasa tidak sedap badan, lemah-lemah semacam,sakit tekak (wajib), selsema, batuk dan demam. Demam panas sungguh la. Malahan berlanjutan untuk 2-3 hari lak tu, tetapi 2-3 hari yang pertama masih boleh puasa. Tetapi, lepas tu dah tak boleh. Pergi klinik, ambil ubat, makan ubat sampai ubat habis baru la demam tu nak elok. Ish...ish...sedih sungguh. ;( 27 August 2010 Tarikh ni lak, aku dapat email panggil temuduga dekat M******* *** Sdn Bhd. Suka jugak, kira macam dah ada sedikit harapan la. Masa ni walaupun tengah sakit rasa semangat sungguh. Tarikh temuduga nya, 2 September 2010. Jadi boleh la

Suratan Kadangkala Menimbulkan Rasa Ketidak Adilan?

Assalammualaikum....Ermm...dah 2-3 hari tak buat post baru kat blog ni. Hari ini hati terdetik untuk menulis kat blog ni. Selepas menonton cerita Aalia kat Astro Prima..Channel 105, hati Cylver tiba-tiba terdetik sesuatu. Sesuatu itu apa??? Ermm...dalam cerita itu ada satu dialog yang berbunyi begini.."Aku ada degree, aku lebih cantik dari kau...tapi kerana aku miskin...hanya kerana aku miskin, hidup aku lebih susah dan orang tak pandang aku langsung.." Lebih kurang macam ni lah dialognya tetapi tak lah 100% sama...ehehe. Demi mendengar dialog itu, Cylver terdiam dan terfikir sejenak. Kadang kala, Cylver pun merasakan sedemikian, rasa macam dunia ini tidak adil atau lebih tepat suratan hidup ini tidak adil. Betul,tidak dapat dinafikan fikiran itu memang akan datang lagi-lagi dalam keadaan hidup yang terdesak. Yang kaya akan jadi lebih kaya, yang miskin pula akan jadi lebih miskin. Yang berkerja akan dapat kenaikan pangkat walaupun kelulusan tidak seberapa. Yang berpelajaran

Solat Terawih...:)

Image
Hai..hai...hai...erm...hari nie 2 post Cylver buat...tu la tengah rajin, menulis la jap. Dah malas nanti, sibuk ke, kan xde masa nak mencoret kat alam maya ni.hehehe. Hari ni topik kita ialah terawih. Kalau nak tahu, Cylver first time pegi solat terawih kat masjid sepanjang 25 tahun hidup ni. Betul la, tak tipu. Biasanya buat kat rumah je. Bukan apa, Cylver segan, dan ada perasaan takut,kalau-kalau tersalah. Yela, Cylver bukan pandai sangat pun. Tapi, Alhamdulillah tahun ni, dan hari ni Cylver dapat jugak tunaikan kewajipan yang satu ni. Rasa gembira dan tenang sekali. Selalunya ada niat tetapi mesti tidak kesampaian. Sebaik la, dipanjangkan umur ke Ramadhan tahun ni untuk diberi peluang untuk beribadat. Alhamdulillah...:) Cerita pasal Solat Terawih ni kan, teringin la masuk serba sedikit tentang bangun sahur. Memang liatkan nak bangun sahur, lagi pun bukan ada selera pun nak makan pagi-pagi buta ni. Tetapi, sebenarnya elok sahur ni, xde la kita berpuasa dalam keadaan lemah. Time Cy

Jiwang Corner

Image
Jiwang Corner??? Sejak bila pulak ni ye...hahaha. Baru je tadi ni...sedang leka surfing internet ni. Tiba-tiba teringat kat sebuah kisah lama (tak berapa lama sangat la...ehehe) . Ada sebuah kisah hendak dijadikan cerita la. Kisah benar tetapi mungkin telah ditokok tambah serba sedikit. Ada seorang girl ni. Dia suka dengan seorang lelaki ni. Macam-macam girl ni buat untuk menambat hati lelaki ni. Tapi, bagi Cylver kan, usahanya patut dipujilah. Kalau Cylver lah, dah lama putus asa dah. Time cinta bertepuk sebelah tangan ni. Semua yang keluar dari mulut nya, atau tulisannya pasti menjurus kepada kesedihan, ayat-ayat kejiwangan. Sampai Cylver baca atau dengar pun boleh rasa sedih. Tapi, entah mana silapnya lelaki tu masih tak nampak tulus perasaan girl ni. Dengar kata lelaki ni frust 'menonggeng' sebelum ni sampai dia trauma nak bercinta lagi. Nasib ko la 'labu' si Girl jatuh cinta dengan lelaki tu. hihihi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan...akhirnya terbuk

Salam Ramadhan Pada Seluruh Umat Islam.

Assalammualaikum W.B.T....diam tak diam, bising tak bising sekejap je dah sampai ke bulan Ogos dalam tahun 2010. Rasanya baru je Raya 2009, kini dan tiba bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan untuk tahun 2010. Memang ku nanti-nanti kan bulan puasa tahun ini. Bukan apa ingin merebut peluang untuk beribadat, sebab tahun ini ku masih belum berkerja, jadi rebut la pahala selagi ada waktu kan...:)) Solat Terawih, zikir, membaca al-Quran, itu antara ibadat-ibadat yang boleh dilakukan, belum lagi ditambah dengan Solat Sunat dan sebagainya. Jadi, rebut lah selagi ada peluang. Cylver memang suka bulan Ramadhan nie. Semangat sungguh, dengan bazar ramadhan lagi. Meriahkan, cuma tahun ni kurang sikit sebab tidak dapat berbuka dengan kawan-kawan lagi. Semuanya dah pulang ke tanah air masing-masing. Bila lah nak jumpa kawan-kawan balik kan. Kenangan itu sungguh indah, walaupun tidak selalunya manis....:))) Wasalam....

Keindahan Alam Semula Jadi...:)

Image
Assalammualaikum W.B.T.....ermmm....dah lama tak update blog nie. Bukan apa. sibuk dengan projek tahun akhir, konvokesyen dan sekarang sibuk mencari kerja. Dalam banyak-banyak peringkat kehidupan kita, fasa ini lah yang paling sukar iaitu fasa mencari kerja dan kehidupan selepas mendapat perkerjaan itu sendiri. Semuanya lain dari yang lain. Apa-apa pun, Cylver bukan nak cerita pasal kerja atau hal-hal yang berkaitan dengannya. Tetapi, ingin menceritakan tentang keindahan alam semula jadi yang secara tidak sengaja ditangkap ketika duduk lepak ngan family di luar rumah Cylver. Pada tanggal 2 Ogos 2010, lebih kurang jam 7 lebih Cylver lihat ke langit. Terasa benar kekuasaan Allah SWT, dilihat langit pada hari itu cantik sangat. Berombak-ombak seperti ombak di laut. (Walaupun mungkin nampak berlebihan sangat tetapi itu yang Cylver boleh gambarkan...ehehe) Disebabkan ingin merakam kecantikan awan tersebut, Cylver pun tangkap gambar dengan handset Cylver.Jadi terhasil gambar seperti gambar

Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam

Image
Dah lama tak menulis, hari ini baru berkesempatan untuk menulis...hihihi. Lebih kurang sebulan yang lepas, selesai sahaja segala projek dan kerja yang perlu diselesaikan. Kami meluangkan masa beriadah di Bukit Cahaya Shah Alam. Rasanya sesiapa yang berminat dengan aktiviti luar, dan " back to nature" boleh la pergi ke Bukit Cahaya Shah Alam ni. Rasa nya ramai yang tahu pasal tempat ni kan...hihihi...;). Di sini boleh pergi satu hari suntuk menghabiskan masa sambil dikelilingi dengan kehijauan alam. Ya Allah, bertapa indahnya alam semula jadi ni. Aktiviti paling digemari, semestinya berbasikal atau pun "cycling"...hihihi. Pusing lah satu taman tu, sambil berbasikal. Tetapi, stamina kena tinggi lah, aku pun berberapa kali berhenti dan berjalan kaki. Hihihih...air botol pun tak tahu la berapa banyak yang telah dihabiskan. ;) Dekat sini, bukan sahaja ada alam semula jadi, tetapi juga ada kawasan sawah, fauna dan rumah empat musim. Rumah empat musim...musim bunga, musim

Bila bercinta...;)

Image
Kalau bercinta semua nya akan jadi indah kan...diluahkan segala-gala apa yang terbuku di hati ini untuk si dia....kalau boleh nak satu dunia tahu perasaan indah nya bersama si dia....tetapi sedarkah pasangan-pasangan ini...melalui kata-kata itu...telah hilang nya manis cinta mereka itu sendiri??? Kata-kata atau madah cinta itu boleh diutarakan...diungkapkan tetapi masih dengan nilai komersial nya..masih dengan nilai aslinya...supaya tiada perasaan cemburu...hasad dengki mahupun buatan jahat orang lain sangkut pada hubungan itu... Terfikir kah...masa bercinta semuanya manis...lahirnya kata-kata dari mulut kita ni juga manis....tetapi bila ditakdirkan hubungan itu bertemu dengan perpisahan...segala kata yang keluar dari mulut penuh dengan kepahitan...kebencian...;( Jangan lah begini...bercintalah seikhlasnya dan berpisah lah sebaiknya...sesungguhnya sebuah perhubungan itu terjalin mahupun terputus dengan takdirNya... Jadikan pasti ada nya sebab musabab sesuatu perhubungan itu terjadi dan

Any about new world and new life in New Year 2010.

Image
Aiceh...buat keje la kunun...;p Yeah...blaja dari senior tue beb...;) Setelah lebih kurang 2 bulan lebih tidak membuka blog. Akhirnya, aku berkesempatan untuk menulis semula dalam blog ni. Erm, praktikal ku pun hampir tamat. Lega rasanya, bukan tidak tahan kepada tekanan kerja mahupun "kena buli"...hehehe. Tapi, ingin cepat mulakan kerjaya yang bergaji...:). Nak rasa duit hasil titk peluh sendiri la katakan.... Praktikal di hospital ni memang mencabar tetapi sesuatu yang amat bermakna dan menyeronokkan. Bermacam-macam ragam dan sumthing yang pelik-pelik akan dijumpai...heheheh... Yang paling penting kenal dengan kawan-kawan baru. Walaupun tak lama, tapi perkenalan yang singkat ni amat bermakna. ;)