Posts

Showing posts from October, 2014

Sang Mentari Benar Memberi Rezeki

Di kala waktu 7.10am, telah ramai manusia yang keluar mencari rezeki. Benarlah sang mentari itu memberi rezeki. Dikala menunggunya keluar, manusia sudah bersiap sedia untuk berperang mencari sesuap nasi. Dari terbitnya mentari sehingga terbenam nya sinar. Sesungguhnya rezeki itu datang dari ALLAH SWT. Alhamdulillah..:)

Nukilan Sahaja

Assalammualaikum Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoret kata kata di laman ini. Terasa diri ini ingin berkongsi sesuatu, berkenaan apa yang sedang berlaku kini. Ternyata akhir akhir ini semakin banyak perkongsian gambar atau artikel yang rasanya tidak patut dikongsikan. Malahan tajuknya juga menimbulkan keadaan kurang bagus di kalangan anak anak. Apakah yang sedang berlaku ketika ini..zaman ini? Ternyata keadaan semakin teruk. Perasaan diri juga semakin bercelaru malahan merasa semakin takut dengan keadaan dunia ketika ini. Ya ALLAH bimbinglah hambaMu ke jalan yang benar.