Kadang kala aku rasa, perempuan lebih setia berbanding lelaki apabila melibatkan isu percintaan. Mungkin kerana aku dilahirkan sebagai perempuan, aku menjadi berat sebelah ke arah kaum hawa..:) Tetapi, pabila aku membaca blog atau majalah, tidak dinafikan kaum lelaki juga ramai yang setia dalam percintaan. Malahan, lebih setia dari kaum hawa. Kesetiaan? Bagaimana dikatakan kita ini setia? Setiakah aku? Kadangkala, aku merasakan aku ini sebenarnya bukan setia tetapi bodoh, kerana mencintai seseorang yang belum pasti apa sebenarnya perasaannya pada diriku. Aku seperti sukar menerima kedatangan orang lain di dalam hatiku. Juga sukar untuk melupakannya. Disebabkan itukah, aku dilabelkan setia? Bolehkah aku mendoakan pintu hatinya dibuka untukku, berbanding aku sedaya upaya melupakannya dan meneruskan kehidupan yang baru? Bolehkan aku sentiasa mendoakan jodohku hanyalah dirinya, berbanding aku berserah dan pasrah? Jika ditanya pada hati ini, aku akan tetapkan hati padanya, walaupun tert...