Aku dan dia

Ini jalan yang kupilih, jalan yang tidak diketahui lagi hujungnya. Tetapi, aku pasti Allah Maha Mengetahui. Aku beserah.

Walaupun aku mungkin tidak disatukan dengannya, tetapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mencintainya. Aku bersyukur walaupun aku yang memberi dia yang menerima. Aku yang mencintai dia yang dicintai. 

Setiap perhubungan akan ada give and take. Semua kawan kawanku, ahli keluarga ku berpesan, jika inginkan sebuah perhubungan yang bahagia, aku perlu mencari seseorang yang lebih memcintaiku dari aku mencintainya. Tidak kunafikan kebenarannya. Tetapi, aku tidak dapat merasai kebahagiaan dan tidak dapat mencintai sesiapa yang mencintaiku. 

Aku tidak dapat memaksa dan aku tidak suka dipaksa. Walaupun aku pedih, sedih dan berduka dengan hubungan seperti ini. Tetapi, aku juga merasai kebahagiaan, merasa berada disampingnya walaupun jauh. 

Biarlah aku mengikut rentak dan jalan yang aku pilih, kumohon keredhaan Mu ya ALLAH. Agar jalan ini tidak dicemari dengan kejahatan hasutan syaitan, manusia mahupun diri ini. Kejahatan yang nyata mahupun yang ghaib. Amin. 

P/s: mood jiwang :)

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu