Sekadar coretan

Assalammualaikum...begitu lama rasanya tidak mencoretkan sepatah dua kata di sini.Akibat dari kerja-kerja yang banyak, masa yang terhad, dan kehabisan idea..aku hanya dapat mendiamkan diri sahaja. Terfikir tanpa dapat membuat apa-apa pun..:)

Kini sekali lagi aku hanya dapat mencoret dengan idea yang kosong sahaja. Tadi semasa duduk-duduk menonton tv dengan keluarga. Bapa ku membuka "channel" human planet. Tidak pernah ku melihat program ini, tetapi hari ni aku tiba-tiba terasa menarik pula program ini, apabila seorang doktor menolong memulihkan kembali penglihatan seorang warga tua dari kalangan masyarakat yang miskin.

Bagaimana gembiranya dan mungkin suatu kepuasan bagi seorang doktor melihat pesakitnya boleh melihat semula selepas melakukan pembedahan. Ya Allah, terharu aku melihat babak tersebut walaupun sebentar. Untungnya menjadi seorang doktor, besarnya pahalanya membantu orang lain. Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....:'")

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu