Peminat warna Ungu

Ya...saya peminat warna ungu..tidak dinafikan lagi..:) hehe. Peminat warna ungu dikatakan seorang yang agak sensitif dan mempunyai aspirasi yang tinggi. Hermm..apa maksud aspirasi ye? Jom kita google jap..oo...maksudnya keinginan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu..huhu..adakah ini kebetulan...sebabnya nama saya juga bermaksud sedemikian rupa. Adakah ini juga bermaksud aku obses kepada sesuatu...? Ya Allah jauhkan lah sifat-sifat buruk ini..:(

Selain itu, si peminat warna ungu juga dikatakan tidak sabar, gemar memarahi orang lain dan juga bersifat kasar. Herm...tidak sangka ya disebalik warna yang cantik dan anggun ini, tersembunyi sifat yang jauh bertentangan.

Kebenarannya, ya..aku mengaku aku kadang-kadang memarahi orang lain dengan tiba-tiba atau tanpa usul periksa...tetapi bukan gemar ya..cuma kadang-kadang dimana pabila tidak dapat mengawal emosi sahaja. Kasar? Herm...rasa nya tidak lah sekasar mana...ada juga lembutnya..malahan orang disekelilingi menyifatkan aku sebagai ayu..walaupun kadang kala rock..hehe..rock bukan kasar ye..:)
Tidak sabar? Herm...tidak sabar kah aku...tidak sabar kah aku pabila aku sanggup menunggu seseorang selama bertahun-tahun lamanya..:(



Sumber lain pula mengatakan peminat warna ini bercita-cita tinggi (lebih kurang sama dengan aspirasi yang tinggi), berkuasa, berkedudukan yang tinggi (Subhanallah), dan negatifnya mereka ini selalu bersedih (agreed) dan misteri. Satu lagi..dikatakan peminat warna ini juga seorang yang romantik..mungkin betul sebabnya saya suka juga haruman dan juga bunga lavendar yang berwarna ungu itu. Bagi saya, haruman lavender itu sangat romantik..:) blink..blink..hehe. dan bagi saya kalau lelaki pakai baju warna ungu...pergh...tersangat la kacaknya..ya Allah...indahnya ciptaan Mu..:)

Sumber:
http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=18345
http://izalea.blogspot.com/2012/10/warna-peribadimu.html

*mode: saja-saja suka...:))


Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling