Suratan Kadangkala Menimbulkan Rasa Ketidak Adilan?

Assalammualaikum....Ermm...dah 2-3 hari tak buat post baru kat blog ni. Hari ini hati terdetik untuk menulis kat blog ni. Selepas menonton cerita Aalia kat Astro Prima..Channel 105, hati Cylver tiba-tiba terdetik sesuatu.

Sesuatu itu apa??? Ermm...dalam cerita itu ada satu dialog yang berbunyi begini.."Aku ada degree, aku lebih cantik dari kau...tapi kerana aku miskin...hanya kerana aku miskin, hidup aku lebih susah dan orang tak pandang aku langsung.." Lebih kurang macam ni lah dialognya tetapi tak lah 100% sama...ehehe.

Demi mendengar dialog itu, Cylver terdiam dan terfikir sejenak. Kadang kala, Cylver pun merasakan sedemikian, rasa macam dunia ini tidak adil atau lebih tepat suratan hidup ini tidak adil. Betul,tidak dapat dinafikan fikiran itu memang akan datang lagi-lagi dalam keadaan hidup yang terdesak.

Yang kaya akan jadi lebih kaya, yang miskin pula akan jadi lebih miskin. Yang berkerja akan dapat kenaikan pangkat walaupun kelulusan tidak seberapa. Yang berpelajaran belum tentu dijanjikan kesenangan hidup. Yang melakukan pembaziran dapat rezeki melimpah, yang cukup-cukup makan terasa susah untuk berbelanja.

Kalau hendak list kan ketidakadilan memang banyak, tidak cukup dengan satu page je. Tetapi, inilah yang terjadi dalam dunia masa kini. Suratan itu memang pahit, malahan terjadi pada diri Cylver juga. Sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana.

Mungkin ada kekurangan pada diri dimana tidak mendapat apa yang dihajati walaupun nampak seperti kita layak untuk mendapatkannya. Sebagai seorang beragama Islam, benefit nya sejahil-jahil kita,sekurang-kurang iman di dada, jauh dilubuk hati tetap dapat berfikir waras lagi kenapa? Mengapa? Ini semua berlaku.

Sesungguhnya dan sejujurnya, walaupun banyak mana persoalan yang timbul tentang suratan ini. Cylver tetap rasa apa yang berlaku pada diri Cylver atau pun ketidakadilan ini pasti ada hikmahnya, mungkin dalam memberi pengajaran, mungkin dalam memberi peluang, dan mungkin juga Allah SWT itu sayang pada diri ini supaya tidak menjadi hamba Nya yang lupa daratan.

Mungkin juga ini semua mengajar kita untuk sentiasa mengingati Allah SWT dalam susah mahupun senang. Yang pasti akan datang yang baik untuk kita, cuma bila, bagaimana keadaannya dan kenapa semua ini berlaku hanya Allah SWT yang tahu.

*** Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani,,Wallahualam...:)

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu