Keindahan Alam Semula Jadi...:)


Assalammualaikum W.B.T.....ermmm....dah lama tak update blog nie. Bukan apa. sibuk dengan projek tahun akhir, konvokesyen dan sekarang sibuk mencari kerja. Dalam banyak-banyak peringkat kehidupan kita, fasa ini lah yang paling sukar iaitu fasa mencari kerja dan kehidupan selepas mendapat perkerjaan itu sendiri. Semuanya lain dari yang lain.

Apa-apa pun, Cylver bukan nak cerita pasal kerja atau hal-hal yang berkaitan dengannya. Tetapi, ingin menceritakan tentang keindahan alam semula jadi yang secara tidak sengaja ditangkap ketika duduk lepak ngan family di luar rumah Cylver.

Pada tanggal 2 Ogos 2010, lebih kurang jam 7 lebih Cylver lihat ke langit. Terasa benar kekuasaan Allah SWT, dilihat langit pada hari itu cantik sangat. Berombak-ombak seperti ombak di laut. (Walaupun mungkin nampak berlebihan sangat tetapi itu yang Cylver boleh gambarkan...ehehe)

Disebabkan ingin merakam kecantikan awan tersebut, Cylver pun tangkap gambar dengan handset Cylver.Jadi terhasil gambar seperti gambar di atas tue. ;)) Indahkan gambar tue....Subhanallah...indah sungguh ciptaan Allah SWT.

Tidak lama lagi, tiba nya bulan yang dinanti-nanti iaitu Bulan Ramadhan Al Mubarak. Ibadahlah sebanyak yang mungkin untuk peroleh pahala sebanyak yang mungkin. Insya Allah...;)) Salam..:)

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu