Jiwang Corner
Jiwang Corner??? Sejak bila pulak ni ye...hahaha. Baru je tadi ni...sedang leka surfing internet ni. Tiba-tiba teringat kat sebuah kisah lama (tak berapa lama sangat la...ehehe). Ada sebuah kisah hendak dijadikan cerita la. Kisah benar tetapi mungkin telah ditokok tambah serba sedikit.
Ada seorang girl ni. Dia suka dengan seorang lelaki ni. Macam-macam girl ni buat untuk menambat hati lelaki ni. Tapi, bagi Cylver kan, usahanya patut dipujilah. Kalau Cylver lah, dah lama putus asa dah. Time cinta bertepuk sebelah tangan ni. Semua yang keluar dari mulut nya, atau tulisannya pasti menjurus kepada kesedihan, ayat-ayat kejiwangan. Sampai Cylver baca atau dengar pun boleh rasa sedih. Tapi, entah mana silapnya lelaki tu masih tak nampak tulus perasaan girl ni. Dengar kata lelaki ni frust 'menonggeng' sebelum ni sampai dia trauma nak bercinta lagi. Nasib ko la 'labu' si Girl jatuh cinta dengan lelaki tu. hihihi.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan...akhirnya terbuka pintu hati si lelaki tu selepas puas diketuk tanpa kenal erti putus asa oleh si girl ni. Syukur kan...memang Cylver rasa bahagia bagi pihak si girl ni. Sedikit sebanyak Cylver ikut perkembangan kisah dia. Sekarang ni, keluar dari dirinya semua indah-indah, tiada lagi kesedihan. Yang ada, kebahagiaan.
Erm...kebahagian mungkin takkan berkekalan??? Betul tu, memang betul tetapi kalau kita fikir dengan izin Allah SWT semua boleh jadi, apalah sangat ujian yang sedikit diberikan untuk menguji kesetiaan kita dalam percintaankan, jika dibandingkan pelbagai lagi dugaan besar dalam hidup kita. Sebab itu, dalam Islam telah diberitahu, cintai Allah SWT dan rasul Nya lebih dari yang lain-lain di dunia ni. Moral of the story, cintai lah seseorang dengan seikhlasnya. Kerna, keikhlasan itu akan menunjukkan arah kita dalam sesebuah percintaan itu.
Berbalik cerita tadi, Si girl tu memang nampak bahagianya. Kalau dulu komennya tidak dibalas, tetapi sekarang komen nya dibalas. Sedih mengenangkan hidup nya dulu. Tetapi, senyum melihat dirinya sekarang. Tetapi, sebalik kisah ini, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku selain Allah SWT...:)
***Kadang kala Air Mata itu teramat sakit untuk mengalir ke pipi...:))
Comments
Post a Comment