Entry of the Day
Assalammualaikum...Ermm...dah lama xbuat post baru kan. Dah sebulan lebih dah masa berlalu. Tetapi, aku masih di sini..haha. Tetapi, sebenarnya dalam masa sebulan lebih nie,macam-macam perkara yang dah berlaku. Mula dengan sakit, ada panggilan temuduga, hari Raya (Selamat Hari Raya Kawan-kawan...ehehe), temuduga lagi..itu lah dia...Cylver summarize kan ye.
21 August 2010
Tarikh ni, mula dah aku rasa tidak sedap badan, lemah-lemah semacam,sakit tekak (wajib), selsema, batuk dan demam. Demam panas sungguh la. Malahan berlanjutan untuk 2-3 hari lak tu, tetapi 2-3 hari yang pertama masih boleh puasa. Tetapi, lepas tu dah tak boleh. Pergi klinik, ambil ubat, makan ubat sampai ubat habis baru la demam tu nak elok. Ish...ish...sedih sungguh. ;(
27 August 2010
Tarikh ni lak, aku dapat email panggil temuduga dekat M******* *** Sdn Bhd. Suka jugak, kira macam dah ada sedikit harapan la. Masa ni walaupun tengah sakit rasa semangat sungguh. Tarikh temuduga nya, 2 September 2010. Jadi boleh la buat preparation sikit-sikit. (Tapi akhir2nya last minute gak...ehehe)
2 September 2010
Yeah, tarikh dimana temuduga akan diadakan pada pukul 10 pagi. Uih, pagi2 dah siap dah...almaklum la jauh tue..sebaik ditemani oleh ibu tersayang. Perjalanan jauh gak tue, naik komuter, then sampai Kl sentral kena tukar komuter, naik teksi (Rm25 tue). Sesat2 sikit baru sampai. Fuhh...lega. Sampai je, masuk2 diberi isi borang (rutin biasa)dan tunggu lah turn kita dipanggil. Tunggu punya tunggu, tiba la masa ditunggu-tunggu..hihihi. Masuk-masuk je kat bilik temuduga, di suruh kenalkan diri, ditanya serba sedikit tentang praktikal dulu dan ditanya satu dua soalan yang barkaitan. Platelet Count High apa nak buat dan sebagainya. Habislah sesi temuduga itu.Balik la Cylver n Mom ke rumah. (bulan puasa tak boleh pegi makan luar..huhu)
10 September 2010
Jeng..jeng...raya...yea..yea...hahahaha...:)) Yup, raya 2010, mungkin raya terakhir dapat duit raya....lepas nie kena bagi duit raya kat orang lak. Tiada apa yang berbeza pun, tetap sama tiap-tiap tahun, saudara mara datang rumah, turn kita lak pergi rumah saudara mara. Bermaaf maafan. Makan kuih raya,tengok movie raya dan tidur raya...hehe.
15 September 2010
Tarikh ni sedih sikit, hermmm.....Cylver ada minta Scholarship tapi tidak berjaya. Temuduga hari tue pun tidak berjaya. Apa la nasib badan...huhuhu.;((
24 September 2010
Tarikh ni, jam 10 pagi, tengok-tengok ada panggilan temuduga P*********** Sdn Bhd. Tarikh temuduga pada 27 September 2010. Apa lagi, terubat kesedihan hari tu, kali nie memang buat preparation dari awal. ehehe..
27 September 2010
Tarikh ni, mulanya temuduga pada jam 10 pagi kat Damansara. So far, ok la. Walaupun penemuduga adalah doktor (3 orang). Banyak bertanya soalan yang boleh fikir sendiri dan semestinya permulaan temuduga nie, sila kenalkan diri anda. hehehe. Ditanya willing to go anywhere, dan what should u do, if..itu..ini...dan sebagainya. Habis temuduga, seperti biasa kalau ada nanti kita orang akan hubungi..:) Balik tu, terus pergi makan McD, beli belah selendang dan baju. hehehe.
Ini sahaja tarikh-tarikh penting setakat ini. Sekian. Wassalam...:)
*** Usaha itu tangga kejayaan. Jangan pernah kenal erti putus asa. :)
Comments
Post a Comment