Pandangan Mata Beracun??
"Pandang mata kau beracun sungguh"...
Aku terdiam sejenak. Pandangan mataku beracun ke? Bukan seorang yang bercakap sebegitu denganku. Tetapi, boleh dikatakan ramai juga menegurku sejak zaman persekolahan lagi. Tidak kiralah lelaki mahupun wanita.
Tetapi, baru-baru ini apabila aku ditegur kembali setelah sekian lama. Mindaku terdetik dan tergaru-garu dengan pelbagai persoalan. Apakah yang dimaksudkan dengan pandangan beracun? Bermaksud baikkah atau burukkah? Bagaimana pula konsep pandangan mata beracun ini dalam Islam?
Disebabkan pelbagai persoalan ini, akhirnya aku pun google mencari maksud pandangan mata beracun. Jumpalah apa yang aku cari di blog http://johor.ikram.org.my. .
Saya ingin berkongsi satu petikan dari blog johor.ikram.org.my (Bahan Imu dan Dakwah), yang berbunyi lebih kurang begini, pandangan mata ibarat panah beracun sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya pandangan mata itu adalah anak panah beracun dari panahan iblis".
(HR At-Thabrani)
Jika seseorang terkena panah beracun, meskipun anak panah telah dicabut, namun racun tetap akan menjalar di dalam tubuh kita. Walaupun mata tidak lagi memandang, tetapi racun dari pandangan mata itu telah meresap ke dalam hati mereka dimana membuatkan si pemilik hati sentiasa membayangkan wajah yang dipandangnya.(Blog Bahan Ilmu dan Dakwah)
Disebabkan itu juga, pandangan mata itu merupakan salah satu sebab yang akan menjurus kepada perbuatan zina.
Jadi, kesimpulannya jagailah pandangan mata kita. Kadang kala kita terleka atau tidak sedar bahawa pandangan mata kita telah menjadi racun didalam hati seseorang. Mohon pada ALLAH SWT supaya sentiasa menjaga pandangan serta perbuatan kita dari menimbulkan sesuatu yang buruk untuk diri dan juga orang lain. InsyaALLAH.
P/s: Peringatan untuk diri sendiri dan semua..:)
wow........menarik sungguh ni...I like :) thanks for sharing :)
ReplyDelete