Jom Jalan-jalan ke Vietnam

Assalammualaikum Dah lama benar rasanya tak update blog. Hari ini rasa nak update pasal jalan jalan ke vietnam hari tu. Walaupun dah lama iaitu dari bulan May lagi tapi selagi belum tahun depan kira ok la ya..hehe Ok, Vietnam memang boleh dikatakan gedung memborong baju kurung dan jubah, pergi ke sana umpama pegi ke pasar Melayu. penuh dengan baju kurung, kain dan jubah. Dan jumpa lagi dengan ramai orang melayu kat sana. Kebanyakan orang sana memang pandai cakap Melayu tetapi hanya di pasar Benthan sahaja ya. Bagi pemandu teksi dan orang awam di sana tidak lah pandai berbahasa melayu mahupun English. Kena pakai bahasa isyarat.
Ok tips tips yang perlu anda tahu ya: 1. Untuk memilih teksi di sana pastikan pilih teksi Vinnasun sahaja, ya Vinnasun sahaja yang paling jujur disana, Teksi lain akan kenakan caj terhadap anda lebih dari 70%...huhu 2. untuk membeli baju atau barang-barang pastikan cek kualiti terlebih dahulu ya dan kalau boleh sila tawar sehabis yang baik..:) 3. Jangan terkejut kerana disana sangat banyak kenderaan bermotor yang kerap membunyikan hon. Dikatakan membunyikan hon itu bermaksud menyatakan saya ada di belakang anada...watch out!! hehe Kami menetap di Hotel Boss 3 sangat bagus hotel ini, kerana staffnya yang friendly dan sangat membantu ya..:) Selain Ho Chi Minh anda boleh mengambil tour guide untuk ke Delta Mekong dan Chu Chi Tunnel. Agak menarik kerana anda akan mengetahui selok belok budaya orang sana ya..:)
Chu Chi Tunnel agak membawa anda menempuh bagaimana perasaan berada pada zaman peperangan. Agak menarik dan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Nak cite banyak lagi tapi tak cukup masa untuk membuat huraian..ehehe. Apapun bagi saya Vietnam adalah destinasi bajet dimana perbelanjaan termasuk tiket dan tempat tinggal lebih kurang rm700 untuk 4 hari dan 3 malam..:) Selamat jalan-jalan cuci mata ya..:)

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu