Posts

Showing posts from March, 2013

Hari yang paling bermakna

"Would u be my princess for..." dan "ure officially my gf"..dua ayat yang teramat bermakna dalam hidup ini..walaupun hanya untuk seketika..aku bersyukur diberi peluang untuk merasainya..:'") Alhamdulillah.. (27.03.13)

Peminat warna Ungu

Image
Ya...saya peminat warna ungu..tidak dinafikan lagi..:) hehe. Peminat warna ungu dikatakan seorang yang agak sensitif dan mempunyai aspirasi yang tinggi. Hermm..apa maksud aspirasi ye? Jom kita google jap..oo...maksudnya keinginan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu..huhu..adakah ini kebetulan...sebabnya nama saya juga bermaksud sedemikian rupa. Adakah ini juga bermaksud aku obses kepada sesuatu...? Ya Allah jauhkan lah sifat-sifat buruk ini..:( Selain itu, si peminat warna ungu juga dikatakan tidak sabar, gemar memarahi orang lain dan juga bersifat kasar. Herm...tidak sangka ya disebalik warna yang cantik dan anggun ini, tersembunyi sifat yang jauh bertentangan. Kebenarannya, ya..aku mengaku aku kadang-kadang memarahi orang lain dengan tiba-tiba atau tanpa usul periksa...tetapi bukan gemar ya..cuma kadang-kadang dimana pabila tidak dapat mengawal emosi sahaja. Kasar? Herm...rasa nya tidak lah sekasar mana...ada juga lembutnya..malahan orang disekelilingi menyifatkan aku sebagai ayu...

Dekat kan aku pada dia

Kenapa kehidupan ini penuh cabaran dan liku? Terutamanya pabila berkaitan dengan hati dan perasaan. Ya..cinta. Cinta itu bagiku sangat rumit dan sukar untuk di fahami. Disaat aku rasa semakin rapat dengannya, rupa rupanya aku semakin jauh darinya. Walaupun sejuta kali aku ingin jauh darinya, tetapi sejuta kali itu juga aku gagal..dan akan kembali bermuka tembok menghubunginya semula. Rumitnya perasaan ini. :( Peliknya lelaki yang kita suka, tidak pula menyukai. Tetapi, lelaki yang kita tidak suka, terhegeh-hegeh sepertimana terhegehnya kita pada orang yang kita suka. Itulah namanya kehidupan. Penuh warna..dan penuh lakaran. Demi Allah, aku masih lagi menaruh harapan dan cinta pada si "A". Dekatkan lah aku padanya, berjodohkanlah aku padanya. Satukanlah hati kami berdua dengan ikatan yang sah..moga jodoh kami hingga ke akhir hayat. Ya Allah..:")

Sekadar coretan

Assalammualaikum...begitu lama rasanya tidak mencoretkan sepatah dua kata di sini.Akibat dari kerja-kerja yang banyak, masa yang terhad, dan kehabisan idea..aku hanya dapat mendiamkan diri sahaja. Terfikir tanpa dapat membuat apa-apa pun..:) Kini sekali lagi aku hanya dapat mencoret dengan idea yang kosong sahaja. Tadi semasa duduk-duduk menonton tv dengan keluarga. Bapa ku membuka "channel" human planet. Tidak pernah ku melihat program ini, tetapi hari ni aku tiba-tiba terasa menarik pula program ini, apabila seorang doktor menolong memulihkan kembali penglihatan seorang warga tua dari kalangan masyarakat yang miskin. Bagaimana gembiranya dan mungkin suatu kepuasan bagi seorang doktor melihat pesakitnya boleh melihat semula selepas melakukan pembedahan. Ya Allah, terharu aku melihat babak tersebut walaupun sebentar. Untungnya menjadi seorang doktor, besarnya pahalanya membantu orang lain. Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....:'")