"Gediks"


Hari ini aku tiba-tiba rasa nak tulis sumthing lepas baru je dapat balik laptop aku setelah berpisah dengan 'nya' selama seminggu. Aduh rindu sangat-sangat dengan laptop ku. Baru lepas hantar repair and Alhamdulillah diberikan balik kepada ku dalam keadaan seperti biasa. Tetapi, aku bukannya nak cerita pasal laptop tetapi pasal perangai atau mungkin juga attitute seseorang itu.

Gediks atau gedik. Itu yang selalu orang akan katakan pada seseorang perempuan yang dikatakan berperangai mengada-ngada dan cuba menggoda. Dalam erti kata lain, mungkin juga boleh dikatakan perempuan yang 'agak' gatal dan cuba untuk merapatkan diri kepada seseorang lelaki yang mungkin dia sukai. Di manakah datangnya perkataan "gedik" itu sendiri. Siapakah yang memberikan istilah ini untuk diguna pakai untuk menunjukkan perangai seseorang perempuan tersebut. Dalam erti kata lain, siapakah kita untuk mempersoalkan tentang perangai seseorang itu, sedangkan kita juga adalah insan biasa dan tidak sesempurna mana pun.

Bukan aku ingin mempertahankan mana-mana perempuan yang berperangai seperti itu, sedangkan aku juga ada mengatakan ayat-ayat seperti "Ei, gediknya perempuan tu" dan sebagainya. Cuma semasa aku pulang menaiki komuter dari Shah Alam ke Seremban, ada ku terlihat sekumpulan 2 atau 3 orang perempuan mungkin bagiku umur mereka 15 ke 16 tahun. Di sebelah mereka berdiri seorang lelaki dimana boleh ku katakan agak hensem sedang menunggu tren juga. Di lihat budak-budak perempuan berperangai seperti ingin menggoda lelaki tersebut, di mana keadaan ini juga di lihat oleh seorang wanita di sebelahku dalam lingkungan umur 40an dan dengan tak semena-mena berkatanya kepada ku, "Gedik betul budak-budak tu". Aku hanya tersenyum dan masih memerhatikan kumpulan budak remaja tersebut. Memang tidak dinafikan, mereka seperti cuba untuk meraih perhatian. Tetapi, apabila difikirkan balik. Kadang-kadang keadaan itu juga berlaku kepada kita.

Jika kita berjumpa dengan seorang lelaki sama ada baru kenal mahupun lama, kita seperti

ada satu perasaan teruja atau dari segi saintifiknya hormon di dalam diri kita seperti mengalami perubahan yang drastik yang menyebabkan kita berkelakuan di luar kawalan tetapi bukan lah tidak dapat di kawal. Dalam erti kata lain, boleh lah dikatakan 'spontan'. Jadi kita tidak akan tahu, sampailah apabila kita melihat orang lain pula dalam keadaan itu. Tetapi, kita masih juga belum sedar dan masih mengatakan diorang gedik sedangkan semasa kita dalam keadaan seperti mereka, orang lain pula yang kata kita ni gedik.

Mungkin inilah dikatakan hidup ini umpama rodakan. Kita mengata orang, pusing-pusing kita pula dikata oleh orang lain. Mulut tidak akan boleh ditutup. Lagi-lagilah perempuan. Aku juga perempuan, aku juga seperti itu. Cuma secara tidak sengaja aku terfikir dan berfikir. Dan hasilnya, terbitlah post hari ini...;)

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu