Posts

My little cute niece.

Image
Ni dia, ahli baru keluarga Pak Rahman. Adriana Mia Sara binti Amirzan Shah. Comel tak?? Hehe. Love u Mia. Congratz to my bro n sis. Amirzan Shah dan Nurul Aizam, di atas kelahiran puteri sulung juga cucu sulung keluarga Pak Rahman. :-)

Plan Tak Menjadi

Image
Hermmm....pernah tak anda di luar sana mengalami situasi di mana anda dah "plan" hari minggu ni...saya nak buat ini la...nak buat itu la...tetapi last-last lain pulak dibuatnya. Apa yang di rancang tertunda lagi...Pernah tak...pernah tak??? Huhuhuhu...itu lah yang terjadi pada diri ini. Dah ada rancangan nak buat time-time cuti ini...last tak buat jugak. Sakit hati pun ada nie...sakit hati pada diri sendiri. Haishhhhh.....;(

Novel Legenda Elfarren

Image
Sekarang ni, cylver tengah dalam mood membaca novel yang baru je cylver beli dekat kedai buku Popular. Tajuknya Legenda Elfarren yang ditulis oleh Mohd Zahar Yasin. Cerita ni best ke tak,belum diketahui. Tunggu cylver baca dulu k..;-)

Cantik kan..

Image
Suka cara dibungkus,sesuai dijadikan hadiah..;-)

Coklat..demam coklat.

Image
Assalammualaikum, hari ni kita cerita pasal coklat pulak k. Hehe. Tadi abang cylver bawa balik coklat. Terus jatuh hati dengan coklat ni. Ye la,macam-macam bentuk pun ada. Comel la pulak. Hehehe.

Entry of the Day

Image
Assalammualaikum...Ermm...dah lama xbuat post baru kan. Dah sebulan lebih dah masa berlalu. Tetapi, aku masih di sini..haha. Tetapi, sebenarnya dalam masa sebulan lebih nie,macam-macam perkara yang dah berlaku. Mula dengan sakit, ada panggilan temuduga, hari Raya (Selamat Hari Raya Kawan-kawan...ehehe), temuduga lagi..itu lah dia... Cylver summarize kan ye. 21 August 2010 Tarikh ni, mula dah aku rasa tidak sedap badan, lemah-lemah semacam,sakit tekak (wajib), selsema, batuk dan demam. Demam panas sungguh la. Malahan berlanjutan untuk 2-3 hari lak tu, tetapi 2-3 hari yang pertama masih boleh puasa. Tetapi, lepas tu dah tak boleh. Pergi klinik, ambil ubat, makan ubat sampai ubat habis baru la demam tu nak elok. Ish...ish...sedih sungguh. ;( 27 August 2010 Tarikh ni lak, aku dapat email panggil temuduga dekat M******* *** Sdn Bhd. Suka jugak, kira macam dah ada sedikit harapan la. Masa ni walaupun tengah sakit rasa semangat sungguh. Tarikh temuduga nya, 2 September 2010. Jadi boleh la ...

Suratan Kadangkala Menimbulkan Rasa Ketidak Adilan?

Assalammualaikum....Ermm...dah 2-3 hari tak buat post baru kat blog ni. Hari ini hati terdetik untuk menulis kat blog ni. Selepas menonton cerita Aalia kat Astro Prima..Channel 105, hati Cylver tiba-tiba terdetik sesuatu. Sesuatu itu apa??? Ermm...dalam cerita itu ada satu dialog yang berbunyi begini.."Aku ada degree, aku lebih cantik dari kau...tapi kerana aku miskin...hanya kerana aku miskin, hidup aku lebih susah dan orang tak pandang aku langsung.." Lebih kurang macam ni lah dialognya tetapi tak lah 100% sama...ehehe. Demi mendengar dialog itu, Cylver terdiam dan terfikir sejenak. Kadang kala, Cylver pun merasakan sedemikian, rasa macam dunia ini tidak adil atau lebih tepat suratan hidup ini tidak adil. Betul,tidak dapat dinafikan fikiran itu memang akan datang lagi-lagi dalam keadaan hidup yang terdesak. Yang kaya akan jadi lebih kaya, yang miskin pula akan jadi lebih miskin. Yang berkerja akan dapat kenaikan pangkat walaupun kelulusan tidak seberapa. Yang berpelajaran ...