Aku suka tidak semestinya orang lain pun suka
Assalammualaikum,
Aku masih seperti ini. Malah lebih teruk dari dulu.
Kenapa? Usah di tanya kerana itu pilihan ku sendiri.
Tetapi, aku tetap bersyukur..
Kenapa? Sebab dengan keadaan inilah aku faham erti perit, redha dan bersyukur.
☺️
Baru tika ini aku faham kenapa orang yang aku suka tidak suka pada ku.
Kerana,
Satu ketika itu, aku suka ketawa besar, ya umpama gembira itu milik aku seorang.
Aku lupa..
Ketika aku gembira tidak semestinya orang lain pun gembira.
Kerana rasa itu adat, ada gembira, ada duka, ada benci, ada sedih, ada kecewa..
Tika ini, pabila mendengar yang lain pula ketawa besar..
Aku rasa marah malahan benci. Kerana aku bukan dalam rasa gembira terlampau itu.
Terima kasih awak kerana tidak memilih saya..
Baru kini aku faham..
Comments
Post a Comment