Sang Pencinta

Assalammualaikum

Pembuka kata dengan ucapan salam
Sudah lama tiada coretan
Bukan kerana aku tiada hati mahupun perasaan
Tetapi aku ingin jauh dari masalah itu

Dia umpama perwira di kalangan manusia biasa
Hanya boleh dipandang mahupun dikagumi
Perasaan yang lahir untuk nya hanya layak untuk disimpan
Kerana aku tidak sepadan

Aku ingin terbang bersama
Aku ingin hinggap bersama
Malangnya aku pipit dan dia enggang
Terbang bersama tetap nampak jurangnya

Kenapa aku sang pencinta
Kerana aku hanya layak untuk mencintai
Tetapi tidak layak untuk dicintai
Siapalah diri ini

Sejak azali aku hanya layak untuk digelar sang pencinta
Ya aku tidak faham
Mengapa dipertemukan jika hanya untuk mencintai
Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Aku redha
Aku bukan perampas
Aku terima
Aku bukan terlayak untuknya

Satu ungkapan terbuku di hati
Mencintai tidak semestinya memiliki
Berbahagia la wahai pemilik hati
Walau pemilik hatimu bukan diri ku

*VR*

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu