Bahana nya fitnah
As salam kawan kawan 😊😊
Saya ingin kongsikan satu link yang baru sahaja saya selesai membacanya. Ia tentang fitnah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154762709024274&id=272577114273
Setelah membaca kisah ini baru lah saya benar benar, ya baru 100% saya benar benar mengerti kenapa fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh dan beberapa dosa yang lain.
Dan baru juga saya terfikir,
Apabila kita ingin mengkongsikan perasaan ketidakpuas hati kita, kita perlu fikir sebaik baiknya kerana kemungkinan ia akan menjadi satu fitnah ke atas orang lain yang kita tidak sangka telah tersebar tanpa kita sedar atau perasan.
Ya, mungkin benar dia yang bersalah tetapi mungkin pada pihaknya pula dia merasakan sebaliknya. Setiap orang interpretasinya berbeza. Dan jika perkara ini telah pergi ke tangan orang ketiga yang benar benar tiada dalam situasi atau keadaan tersebut, inteprestasi orang yang ketiga adalah 100% berlawanan daripada apakah perkara sebenar yang berlaku.
Jadi sebaik baiknya, setelah sesuatu perkara itu berlaku sama ada kita bersalah atau tidak, sebaiknya kembalilah muhasabah diri ini di hadapan tuhan kita Allah SWT.
Ya..ini pengajaran buat diri ku. Perlu fikir kembali sama ada kita telah menjatuhkan hukuman ke atas seseorang tanpa kita sedari. Mungkin kita rasa kita betul, tetapi apa yang berlaku mungkin sebaliknya kerana kita tidak tahu apa yang pihak satu lagi rasa di dalam hatinya.
SubhaAllah 😊😊😊
***cylverose
Comments
Post a Comment