Nisfu Syaaban bersamaan 15 Syaaban

Salam
Sudah lama rasanya tidak mencoret di blog ini disebabkan kesibukan dan kemalasan. :)

Tajuk untuk hari ini ialah Nisfu Syaban, yang ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan dan juga peringatan untuk diri sendiri memandangkan saya masih jahil dan kurang ilmu berkenaan apa itu Nisfu Syaaban dan apa yang patut kita lakukan pada hari ini?

Dengan serba sedikit tinjauan saya di laman web tertentu dikatakan Nisfu Syaaban jatuh pada 15hb, dikatakan pada hari ini Allah SWT akan turun ke dunia dan mengampunkan dosa dosa umatnya. Bertapa beruntungnya kita sebagai hambaNya kerana masih diberi peluang untuk masuk ke syurgaNya :")

Diantara beberapa hadis yang boleh dipercayai,

Hadis dari Ummul Mukminin Aisyah r.a.: Suatu malam aku mendapati Rasulullah tiada bersamaku, lalu aku keluar mencari beliau. Aku menemuinya di perkuburan al-Baqi’ sedang mendongak kepalanya ke langit, lalu baginda berkata kepadaku; “Wahai Aisyah, apakah kamu khuatir Allah dan RasulNya akan menganiayai kamu”. Aku menjawab; “Aku tidak rasa begitu, akan tetapi aku mengangka kamu keluar ke rumah isteri kamu yang lain”. Lalu Nabi bersabda; “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah Taala turun ke langit dunia, lalu Dia mengampunkan hambanya lebih ramai dari bilangan bulu kambing milik kabilah Kalb (*Kabilah al-Kalbi; satu kabilah di kalangan orang Arab yang paling banyak membela kambing) (HR Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Hadis dari Mu’az bin Jabal:
Nabi s.a.w. Bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam at-Thabrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).

Hadis dari Ali bin Thalib r.a.:
Nabi bersabda; “Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunlah menghidupkan malamnya dan berpuasalah pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada malam itu ke langit dunia bermula dari saat terbenam matahari dan Allah berkata; Tiadakah orang yang memohon ampun untuk Aku ampuninya. Tiadakah orang yang memohon rezki untuk aku beri rezki kepadanya. Tiadakah yang ditimpa bala, untuk aku beri keselamatan untuknya. Tiadakah orang yang melakukan demikian dan demikian…hinggalah terbit fajar”. (HR Imam Ibnu Majah)

Amalan yang boleh dibuat pada hari Nisfu Syaaban ini ialah berpuasa, solat sunat dan juga membaca surah Yassin sebanyak 3 kali.

Selain itu digalakkan juga berzikir dan membaca Al Quran kerana malam Nisfu Syaaban ini adalah malam yang mustajab dan penuh rahmat.

Marilah sama sama kita beribadat kepadaNya :)

Sumber dari:
http://ikimfm.my/v2/mufti-mesir-nisfu-syaban-malam-diberkati/

Sekian. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Perigi Hang Li Poh

Masjid Tanjung Kling

Peminat warna Ungu