Posts

Showing posts from October, 2013

Sometimes

Sometimes.. Kita tidak tahu kita ini bagaimana orangnya. Kita tidak tahu apakah pandangan orang terhadap kita. Sometimes.. Kita tidak tahu orang lain itu bagaimana. Kita tidak tahu bahawasanya orang lain itu menyakiti hati kita. Sometimes.. Kita tidak tahu nasib seseorang itu Malahan kita sendiri tidak tahu nasib diri kita sendiri. Sometimes.. Apa yang kita lihat tidak sama apa yang dia rasai. Apa yang kita dengar tidak sama apa yang dia alami. Sometimes.. Kita mencemburui orang lain kerana nasibnya. Kita berasa sedih dengan nasib kita pula. Dimanakah perkataan bersyukur itu. Lupakah kita padanya. Mudah untuk berkata, susah untuk dirasai. Ketidakpuashati sentiasa berlegar-legar di sana sini. Harus bagaimana lagi untuk kita menyakinkan hati ini. Only ALLAH knows..;) Sometimes..

Aku yang sunyi

01.10.2013..di saat umurku 28 tahun..aku masih belum berpunya. Di waktu umur 28 tahun..rakan-rakanku punya suami..punya keluarga..punya anak-anak yang comel. Tetapi aku masih belum berpunya. Bukan aku menangisi, tetapi berseorangan itu sangat menyakitkan. Sentiasa keseorangan walaupun punya rakan untuk bersuka ria, punya keluarga untuk melindungi tetapi tetap rasa keseorangan itu. Harus bagaimana untuk menggambarkan, sebab rasa itu sukar untuk ditafsirkan. Aku benar benar sunyi. Aku ingin seorang yang bernama teman hidup untuk menemani, melindungi, memahami, mendengar dan berkongsi segalanya. Adakah aku akan dapat merasai peluang itu? Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. In Shaa ALLAH.