Posts

Showing posts from March, 2012

Melaka Di Waktu Malam

Image
Herm...Melaka memang terkenal dengan keindahan lampu-lampu neonnya di waktu malam. Menyusuri sungainya sahaja mata kita dijamu dengan pelbagai cahaya yang menggamit diri untuk merakamkan sebuah gambar sebagai kenangan. Satu gambar menceritakan seribu kisah. :) P/s: Hari ini satu entri je la...hihi.

Perigi Hang Li Poh

Image
Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja kerana, dibina atas arahan Sultan Mansur Syah untuk isteri baginda, Puteri Hang Li Poh dari negara China. Perigi ini dipercayai tidak pernah kering, juga merupakan sumber air semasa musim kemarau. Jom kita ketahui sedikit sebanyak tentang Puteri Hang Li Po ni..hehe. Puteri Hang Li Po adalah seorang puteri yang telah memeluk islam , yang datangnya dari negara China, merupakan isteri kepada baginda Sultan Mansur Syah. Perkahwinan ini adalah salah satu perkara yang mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan negara China. Dikatakan kecantikan Puteri Hang Li Po ini menjadi kekaguman penduduk Melaka pada zaman itu. Sultan Mansur Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Hang Li Po di Bukit Cina (tempat terletaknya Perigi Hang Li Po ni). Bukit Cina akhirnya menjadi kawasan perkuburan cina orang tempatan. (betul-betul belakang Perigi Hang Li Po, dan agak besar jugak kawasan perkuburannya)

Masjid Tanjung Kling

Image
Masjid Tanjung Kling ini terletak di bandar Melaka. Lebih tepat lagi kalau anda jalan-jalan di Jonker Walk, anda akan dapat melihat masjid tanjung kling ini dengan lebih dekat. Sebuah masjid yang agak antik, ditulis di papan info di depan masjid itu, masjid ini seakan-akan bentuk pagoda dan dipercayai dibina pada tahun 1900-an. Ada yang kata tahun 1920, dan ada yang kata tahun 1930. P/s: Walaupun antik, tetapi sangat cantik dan kukuh strukturnya..:)

Jom..jom...jom

Image
Best Western Wana Riverside Hotel...fuhh...terbelit lidah ni nak baca full name hotel ini. Tapi takpe, sebab memang berbaloi la..kena dengan harganya yang berpatutan. Hehe. Hotel ini hotel baru dan bertempat di tepi sungai (Nama pun Riverside kan). Cantik dan sangat bersih. Rasa-rasa saya boleh bagi 4 bintang. Taknak cerita panjang, silalah melihat sendiri gambar-gambarnya ok. :) Gambar terakhir itu diambil dari bilik menunjukkan pemandangan di tepi sungai di waktu malam. :) P/s: Sempat buat dua entri je hari ni..:(

Hutang

Last entri blog ini adalah pada 12 Februari 2012..ini bermakna saya telah "berhutang" sebanyak 10 entri untuk blog ni. Huhu..banyak tu. Macam mana nak buat entri yang banyak dalam satu masa? Jawapannya semestinya entri yang pendek dan entri yang difokuskan pada gambar semata-mata..hehe. Semoga barjaya...chayok...chayok...:) P/s: Mood: Malas.