Kesunyian
Sunyi..ya itu yang aku rasakan. Walaupun aku dikelilingi keluarga mahupun sahabat, tetapi aku tetap berasa sunyi. Kadang kala, akal ku menjawab bagi soalan yang dituju oleh hati. Hati bertanya, bolehkan aku hidup tanpa teman? Akal menjawab boleh, asalkan keluarga sentiasa bersama ku. Kadang kala, hati bertanya lagi soalan tidak kah aku berasa sunyi? Akal menjawab tidak,asalkan aku ada bersama keluarga ku. Tetapi hati ku tidak dapat menerima jawapan akal ku. Kerana akal ku hanya dapat berfikir tetapi hati yang merasa. Ya, aku merasa sunyi. Akal tidak perlu menjadi hipokrit kerana hati ini tidak dapat menipu. :"( Aku sunyi, aku ingin rasa dicintai..tetapi malangnya aku hanya mendambakan rasa dicintai oleh orang yang ku cintai. Aku tidak dapat menerima kasih orang yang ku tak cinta. Rasa dilindungi..rasa disayangi..rasa dikasihi...itu yang aku inginkan. Tetapi selama 28 tahun ini, aku belum dapat merasainya lagi. Aku pasrah..jodoh itu milik Allah.