Pantai Minyak Beku ini terletak sejauh 20 minit dari bandar Batu Pahat. Dengan jalan yang agak berliku-liku macam badan ular, memang agak terasa juga la jauhnya perjalanan ke pantai ini. Pantai Minyak Beku ini dikatakan diambil namanya sempena nama Kampung Minyak Beku . Tetapi, kenapa mesti dinamakan minyak beku, tidaklah hamba ketahui. Hihi. Sebabnya, dekat pantai ini tiada la pula menjual minyak ke, pantai ini berminyak ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan minyak. Lagi-lagilah minyak beku kan. Di Pantai Minyak Beku ini juga terdapat Perigi Batu Pahat. Perigi Batu Pahat ini ada juga al-kisahnya tersendiri. Perigi ini terletaknya dicelah-celah batu-batu besar di tepi Pantai Minyak Beku ini. Tetapi, rupanya ala-ala macam kolam kecil la. Kedalamannya tidak pula diketahui. Sebabnya, aku takut terjatuh pula dalam perigi ini bila sibuk-sibuk mencari kedalaman perigi ini. Hehe. Uniknya, perigi Batu Pahat ini dikatakan terbentuk apabila batu-batu ini dipahat oleh askar-askar Siam ...
Comments
Post a Comment