Posts

Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam

Image
Dah lama tak menulis, hari ini baru berkesempatan untuk menulis...hihihi. Lebih kurang sebulan yang lepas, selesai sahaja segala projek dan kerja yang perlu diselesaikan. Kami meluangkan masa beriadah di Bukit Cahaya Shah Alam. Rasanya sesiapa yang berminat dengan aktiviti luar, dan " back to nature" boleh la pergi ke Bukit Cahaya Shah Alam ni. Rasa nya ramai yang tahu pasal tempat ni kan...hihihi...;). Di sini boleh pergi satu hari suntuk menghabiskan masa sambil dikelilingi dengan kehijauan alam. Ya Allah, bertapa indahnya alam semula jadi ni. Aktiviti paling digemari, semestinya berbasikal atau pun "cycling"...hihihi. Pusing lah satu taman tu, sambil berbasikal. Tetapi, stamina kena tinggi lah, aku pun berberapa kali berhenti dan berjalan kaki. Hihihih...air botol pun tak tahu la berapa banyak yang telah dihabiskan. ;) Dekat sini, bukan sahaja ada alam semula jadi, tetapi juga ada kawasan sawah, fauna dan rumah empat musim. Rumah empat musim...musim bunga, musim ...

Bila bercinta...;)

Image
Kalau bercinta semua nya akan jadi indah kan...diluahkan segala-gala apa yang terbuku di hati ini untuk si dia....kalau boleh nak satu dunia tahu perasaan indah nya bersama si dia....tetapi sedarkah pasangan-pasangan ini...melalui kata-kata itu...telah hilang nya manis cinta mereka itu sendiri??? Kata-kata atau madah cinta itu boleh diutarakan...diungkapkan tetapi masih dengan nilai komersial nya..masih dengan nilai aslinya...supaya tiada perasaan cemburu...hasad dengki mahupun buatan jahat orang lain sangkut pada hubungan itu... Terfikir kah...masa bercinta semuanya manis...lahirnya kata-kata dari mulut kita ni juga manis....tetapi bila ditakdirkan hubungan itu bertemu dengan perpisahan...segala kata yang keluar dari mulut penuh dengan kepahitan...kebencian...;( Jangan lah begini...bercintalah seikhlasnya dan berpisah lah sebaiknya...sesungguhnya sebuah perhubungan itu terjalin mahupun terputus dengan takdirNya... Jadikan pasti ada nya sebab musabab sesuatu perhubungan itu terjadi dan...

Any about new world and new life in New Year 2010.

Image
Aiceh...buat keje la kunun...;p Yeah...blaja dari senior tue beb...;) Setelah lebih kurang 2 bulan lebih tidak membuka blog. Akhirnya, aku berkesempatan untuk menulis semula dalam blog ni. Erm, praktikal ku pun hampir tamat. Lega rasanya, bukan tidak tahan kepada tekanan kerja mahupun "kena buli"...hehehe. Tapi, ingin cepat mulakan kerjaya yang bergaji...:). Nak rasa duit hasil titk peluh sendiri la katakan.... Praktikal di hospital ni memang mencabar tetapi sesuatu yang amat bermakna dan menyeronokkan. Bermacam-macam ragam dan sumthing yang pelik-pelik akan dijumpai...heheheh... Yang paling penting kenal dengan kawan-kawan baru. Walaupun tak lama, tapi perkenalan yang singkat ni amat bermakna. ;)

New World

SALAM Semalam segala-gala yang berkaitan dengan Praktikal dan Result Exam telah pun berakhir dan selamat. Walaupun keputusan ku tidaklah begitu cemerlang tetapi aku bersyukur kerana ia juga tidak berada di tahap yang kurang memuaskan...:) Semalam juga aku telah menyelesaikan masalah akaun ku, dan segala2 prosedur yang patut diselesaikan sebelum menjalani praktikal. Alhamdulillah, walaupun berpenat lelah menyelesaikan semua urusan tetapi akhirnya berjaya juga tanpa sebarang masalah. ;) Pada tanggal 23hb ni, bermula la cabaran ku di tempat baru, dunia baru dan cabaran baru. Praktikal tidak sama seperti belajar di sekolah mahupun Universiti. Semuanya berkaitan praktikal, kecekapan minda dan kefahaman yang tinggi. Bukan lagi semata-mata teori, pemahaman melalui buku dan juga suapan dari lecturer. ;) Harap2 aku berjaya harungi kesusahan dan kepayahan semasa praktikal ini dengan selamat dan cemerlang. Bermula dari 23hb November dan berakhir pada 5hb Februari. Tiada yang ku pinta selain doa d...

Salam 1 Malaysia

Salam semua...dah lama saya tidak berkesempatan menulis blog saya. Al maklum la, sebelum ini sibuk dengan exam dan mencari tempat praktikal. Akhirnya, semua pun selesai. Cuma tunggu menunggu keputusan dan pergi praktikal. Praktikal ini banyak menduga kesabaran, ketahanan dan kekuatan jiwa ku. Macam2 dugaan yang menimpa dan harus ku tempuhi, tetapi ku bernasib baik kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada diri ku. Aku juga faham, dugaan yang diturunkan itu sebenarnya menduga diriku menjadi orang yang lebih baik dan lebih kuat. Tidak sekali-kali aku lemah walaupun kadang2 timbul rasa penyesalan dalam diriku ini. Penyesalan kepada keputusan yang telah dibuat dalam hidup. Tetapi, cepat2 aku disedarkan oleh ibuku yang paling disayangi. Jadi pengajaran yang aku dapat di sini. Dalam apa2 masalah yang kita hadapi, keluarga adalah orang yang paling penting dan sentiasa dekat dengan kita. Keluarga juga lah yang paling memahami. Semua masalah mungkin dapat di a...

"Gediks"

Image
Hari ini aku tiba-tiba rasa nak tulis sumthing lepas baru je dapat balik laptop aku setelah berpisah dengan 'nya' selama seminggu. Aduh rindu sangat-sangat dengan laptop ku. Baru lepas hantar repair and Alhamdulillah diberikan balik kepada ku dalam keadaan seperti biasa. Tetapi, aku bukannya nak cerita pasal laptop tetapi pasal perangai atau mungkin juga attitute seseorang itu. Gediks atau gedik. Itu yang selalu orang akan katakan pada seseorang perempuan yang dikatakan berperangai mengada-ngada dan cuba menggoda. Dalam erti kata lain, mungkin juga boleh dikatakan perempuan yang 'agak' gatal dan cuba untuk merapatkan diri kepada seseorang lelaki yang mungkin dia sukai. Di manakah datangnya perkataan "gedik" itu sendiri. Siapakah yang memberikan istilah ini untuk diguna pakai untuk menunjukkan perangai seseorang perempuan tersebut. Dalam erti kata lain, siapakah kita untuk mempersoalkan tentang perangai seseorang itu, sedangkan kita juga adalah insan biasa dan ...